Program EXPO Ambang Ramadhan Bersama Anak Perantau

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 14th, 2011 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Makluman No Comments

PASIR PUTEH, 14 Julai – Bulan Ramadhan bukan bulan rehat, oleh itu YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan akan mengadakan program khas bersama anak-anak Kelantan di perantauan seluruh negara di Expo Ambang Ramadhan pada 30 Julai 2011 bertempat di Masjid Terapung Puchong Perdana , Selangor.

ADUN Limbongan merangkap Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh menjemput anak-anak Kelantan di Perantauan yang berasal dari Pasir Puteh agar datang beramai-ramai ke khemah Parlimen Pasir Puteh.

Objektif program ini sebagai kesinambungan membina mahabbah antara rakyat Kelantan di luar negeri dengan pimpinan Kerajaan yang sentiasa diadakan setiap tahun.

Tentiatif program bermula Solat Zohor berjemaah di Masjid Terapung sehingga jam 11.00 malam yang berakhir dengan ceramah oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Program selingan adalah Expo oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti SEDC, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ladang Rakyat, Kifaalah Sdn. Bhd. Ladang Sungai Terah dan lain-lain. Selain itu pertunjukan seni budaya Kelantan, sukaneka dan sukan belia juga akan diadakan.

Dengan program yang dibuat sebelum Ramadhan adalah untuk menyemarakkan ramadhan sebagai bulan ibadah bulan kerja. Oleh itu Kelantan yang pesat membangun Bersama Islam berkonsepkan Negeri Berkebajikan sentiasa mendepani masa depan rakyat secara berhemah dan mesra. Kami mengharapkan warga dari Parlimen Pasir Puteh bersama anak dan isteri dapat mengimarahkan majlis ini.

Seluruh pimpinan MTD Limbongan mengucapkan selamat menyambu Ramadhan Al-Mubarak 1432 H dengan sempurna. Selamat Datang ke Expo Ambang Ramadhan bersama Anak Perantau.

p/s: Sebarang Maklumat mengenai Expo ini boleh dihubungi melalui talian ADUN: 0139237685, 0199009953, 0199009957, 0179005009, 0139791033, 0199133272, 0199128472

Tags:

Leave a Reply