InsyaAllah bekalan air pulih

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 6th, 2011 in DUN Limbongan, Isu Semasa, Lawatan 18 Comments

PASIR PUTEH, 6 April – Rungutan tentang masalah air oleh pengguna termasuk peniaga RO Water dan Kiub Ais, Nazri dalam media sebelum ini  di pasir puteh mendapat perhatian dan kerjasama daripada ADUN Limbongan.

Apabila kegawatan yang berterusan menjadikan seolah-olah air yang menjadi kegunaan harian masyarakat bertambah serius sehingga banyak putaran kehidupan masyarakat di kawasan bandar terbantut maka aduan tersebut telah diambil kira oleh ADUN Limbongan mengangkat aduan kepada sektor-sektor yang berkenaan seperti Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Exco Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar juga.

Pagi ini Nazri Ais telah menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar untuk mendapat respon yang positif di atas apa yang dialami dan aduan dari masyarakat sekitar bersama ADUN Limbongan dan telah mendapat persetujuan dari Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuat tinjauan bersama MB tentang masalah ini.

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz hadir ke Muka Sauk Loji Wakaf Bunut sebagai dorongan kepada kakitangan AKSB supaya mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Beliau memaklumkan bawah Kelantan sudah 15 tahun tertinggal tidak mendapat pinjaman mudah dari kerajaan persekutuan sedangkan negeri-negeri lain diberikan geran (pinjaman tanpa bayaran balik). Walaubagaimanapun wang yang diberi pinjaman sebanyak RM600 juta itu diagihkan dan dijalankan kepada syarikat-syarikat yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sewaktu lawatan ini pihak kontraktor sedang menyelanggara untuk membetung besi bagi menakung air di muka sauk loji ini dan insyaAllah dengan langkah ini akan meningkatkan paras air untuk masuk ke muka sauk loji. YAB MB mengharapkan bahawa AKSB membina telaga jejari dalam sungai berhampiran muka sauk agar segera mungkin terutama di musim ini dalam cuaca yanga amat baik.

Sebahagian besar penduduk yang hadir sama dalam lawatan ini amat berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh pimpinan dari Kerajaan Negeri secara serius dan terima kasih juga kepada tuan tanah berhampiran muka sauk loji yang berkerjasama bagi mengatasai masalah air yang kian menghantui masyarakat di sini.

Tuan Guru juga amat berterima kasih dengan aduan dan keluhan Nazri Ais yang membolehkan langkah segera di dijalankan dengan serta-merta.

Tags: ,

18 Responses to “InsyaAllah bekalan air pulih”

  1. Long Hashim Long Senik Says:

    YB
    kena buat separate study utk kenal pasti bakpo bekalan air selalu putus, jgn malu & jgn segan utk mintak lah tulong anok2 kelantan samada lokal atau luar kelantan utk tujuan tu.

  2. salipol baharuddin Says:

    doh hamp[ir 20tahun AKSB dipersada proses & bekal air….masih x baligh lagi…memalukan kjaan PAS & seluruh rakyat kelantan….no.1 AKSB…baik lu letak jawatan.

    kalu ya pong nok buat penyelenggaran apa nama muka sauk..buat lah alternatif terlebih dulu…x perlu kes lagu ni Tok Guru MB nok royat..bukan kah mung yakni AKSB pakar dlm bab air ni

  3. Abdullah Noorizan Says:

    Assaalamualaikom.
    YB,
    acu YB ambik gambar muka sauk tu dari arah pokok buluh (gambar no.3) & email ko ambo.

  4. rosdee Says:

    Salam. Saya rasa macam Salipul dgn Long Hashim, kalau tak tau apa apa jangan komen, memalukan dan jadi fitnah.
    Wassalam

  5. rosdee Says:

    abdullah pun dalam FB dulu satu masa sedap jugak komen, rasa aksb bukan masalah teknikal, tapi masalah fulus, harap semuanya memahami. Pak sedara saya ada dlm aksb dan well verse designer.

  6. salipol Says:

    bila ada nama ISLAM….kena kearah kesempurnaan, ni dok bila ada masaalah baru nak cari penyeselasaian, sepatut nya AKSB kena buat fesibiliti studi & buat peneyelesaian secara menyeluruh bukan nya bila ada masaalah baru nak selesai.

  7. salipol Says:

    kalu kita baca statement yg dikeluarkan oleh bernama pada 6/4/2011….oleh Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan AKSB… kata nya kadar aliran air mentah telah menurun 30% diloji w/bunut…jadi bekalan air bersih ke bandar PasirPuteh bermasaalah…makna nya utk membekal air secara baik ko Bandar PasirPuteh memerlukan 100% kadar aliran air mentah/sungai….>>>>> makna nya rekabentu loji tidak efisien…mana hebat pak sedara demo Rosdee….

  8. salipol Says:

    doh hampir 4 penggal, tokkan takdok fulus sokmo!!!…mana gi bill cellection?….setiap tahun lapuran kewangan aksb tidak pernah rugi

  9. salipol Says:

    abdullah….toksah mitak gambar lah…pak sedara rosdee ada…well verse designer…masa kawe dok naip ni air d rumoh mok kawe tubit slow jah..bukan jauh dari w/bunut > w/licong jah

  10. rosdee Says:

    Salam Tuan Salipol

    Maklumat SAH yg ada intake & loji wkf bunut ni dibina 1980an. Federal tidak pernah luluskan permohonan upgrading loji ini. Gangguan air mentah sbb sebelah Yong tadahan terganggu oleh kuari n balak. So, pasir cepat turun ke hilir. Rbentuk zaman JKR lagi, wkf lee chong air dr Bkt Yong bukan Wkf Bunut.

    So lagi, tarif air AKSB 3rd lowest in Malaysia, cuba chek waterforum. Untung jual air hanya utk maintenance bkn projek baru. Kalu projek baru pok sedara ambo kata sama tarif dgn SYABAS, tak payah pinjaman federal, tp TG kata air nego tak leh utg byk, sbb tu dia tak naik tarif baru ini.
    Wasalam

  11. Kamarulzaman Says:

    jadi kijo mung saipol, dok masuk gogge dlm portal ni. Dok ccara apo gak hal ehwal kelantan, muga kita bukan full-time dok sini…balik sekali-sekala. Ikut dio.

  12. Mat Kholidi Says:

    Bukan nok ccara sgt,…tapi perihatin..tambahan pulok mak bapak ada lagi @ kelantan. Hok pelik nya Kjaan Kelantan tak dok pitis utk kija air…tapi bulih bui pitis, atar gi umrah, bui rumoh ko pemain2 bola kelate….baik lah pitis tu guna utk tingkat kapasiti pengeluaran air bersih.

  13. Mat Kholidi Says:

    apa pun kawe respek habis ko YB Drs Zainuddin, nyo gi kocok AKSB, sampai ko TGNA pun turun…sbenar nya AKSB dia kena buat lagu tuh, baru kija jalan. Kalu setakat kita2 org kapong gi komplen…nyo buat dok jah.

  14. Salipol Says:

    jolo jugak hok demo kata tu Kamal, ..lagi pun kawe ngundi di DUN Gaal…air ke kapong kawe rupo nya mari alik Bt Yong…dibekalkan oleh Air Teganu tapi di billkan oleh AKSB.

    Kpd ABdullah…toksah dok pening palo lah…mugo design zaman tok nandok lagi.

  15. rosdee Says:

    Tuan Salipol jgn runsing, kalu tok gege gini, Kerajaan Pusat buat tak tau pasal nak bagi duit buat loji baru atau besarkan. Mungkin kes yg berlau ada hikmah. Rasanya tarif air kelantan no 2 atau no 3 terendah dimalaysia. So lagi TG NA turun sebab masalah lain, bunyi kaba pasal tanah, pasal dalam gambar napok masa tok guru ada, kren n lori napok ada nak buat khijo dah tuh

  16. Kulob Kecik Says:

    kawe setuju dgn saranan Kamarulzaman…itu masaalah penduduk setempat, NOT OUTSIDERS

  17. salipol Says:

    rosdee
    mari sini
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=143607685708588&set=a.143607682375255.32018.100001780732467&type=1&theater

  18. Long Hashim Long Senik Says:

    rosdee
    apa mcm well verse designer dlm aksb ….dam pecah!!…

Leave a Reply