Hati-hati Ulamak Muda – Wan Rahibullah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 29th, 2010 in DUN Limbongan, Isu Semasa No Comments

JALAN KAMIL, 29 Jun – Setiausaha Sulit ADUN Limbongan ketika diketemui di kediamannya hari ini menyatakan rasa kecewa dengan golongan muda yang ekstrimis dengan perjuangan Islam.

Menurutnya tidak dinafikan bahawa perjuangan dalam Islam adalah wajib bagi yang menganuti agama ini namun ada sesetengah pihak semakin lalai dengan dunia hari ini yang penuh dinamik.

Wan Rahibullah menyokong penuh kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa orang yang buta huruf  sekalipun akan berjuang bersama Islam sekiranya mendapat hidayah dari Allah dan tidak semestinya ada PHD adalah pejuang dan bakal pemimpin sejati.

“Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging yang mana apabila daging itu rosak, maka rosaklah aqidah dah seluruh tubuh seseorang manusia. Ketauhilah daging itu adalah hati (qalbu). Antara yang penting dalam perjuangan adalah sentiasa mematuhi apa saja yang diarahkan oleh pemimpin namun komunikasi dua hala adalah terbaik untuk dipraktikkan kerana pemimpin juga adalah merupakan suara rakyat,” katanya.

Beliau juga turut mengulas mengenai demonstrasi penduduk di tiga kampung Permatang Sungkai, Permatang Rambai dan Seligi yang mendesak ADUN Limbongan untuk membaiki jalan utama di kawasan tersebut yang didakwa tidak pernah dibaikpulih sejak ianya dibina pada tahun 1984.

“Jangan bohong sekiranya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pimpinan, cuba bawa berbincang dengan masalah yang dihadapi supaya dapat kita tangani bersama. Demonstrasi bukan jalan terbaik untuk bersuara, jika benar tampil bersemuka dengan pimpinan  untuk mendapatkan penjelasan”, katanya lagi.

Tags: , ,

Leave a Reply