Tok Guru lancar Laman Web Limbongan.net

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 9th, 2010 in DUN Limbongan 3 Comments

PASIR PUTEH, 9 Mac – Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah atas inisiatif Majlis Tindakan DUN (MTD) Limbongan menggunakan kemudahan ICT sebagai media untuk mendekati rakyat khususnya bagi DUN Limbongan.

Inisiatif berkenaan antaranya mewujudkan portal rasmi MTD Limbongan di alamat www.limbongan.net yang memberi kemudahan kepada rakyat terutama pengundi Limbongan mendapatkan makumat dan info terkini di samping menggemblengkan semua sumber manusia terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan berfungsi dengan cekap dan berkesan.

“Portal MTD Limbongan sebagai wasilah memperkasakan falsafah kerajaan yang telah memerintah selama 20 tahun dengan moto ‘Membangun Bersama Islam’ dengan teras ‘ Ubudiyah, Mas’uliah dan Itqan’ yang ternyata telah mereaisasikan seluruh peringkat rakyat sehingga menolak akidah politik wang.

“Justeru itu, wang ehsan.. rakyat Kelantan menganggapnya sebagai najis rasuah kerana mereka memahami perkara ini,” katanya semasa merasmikan laman web www.limbongan.net di kediaman rasmi Adun Limbongan di Lorong Purnama, Sri Aman 1, di sini pagi ini.

Sementara itu Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat mengucapkan terima kasih kepada Tok Guru yang sanggup memenuhi undangan walau dalam keadaan beliau sepatutnya beristirehat selepas baru keluar dari hospital, baru-baru ini.

“Peranan website ini memang sebagai media alternatif yang boleh membina minda pemikiran pelayar semua peringkat, oleh itu pihak kerajaan melalui Exco Sains dan Teknologi telah melancarkan hub ICT bagi mengelak mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab merosak pemikiran masyarakat dengan maklumat-maklumat negatif dan berunsur maksiat,” katanya.

Tags: , , , ,

3 Responses to “Tok Guru lancar Laman Web Limbongan.net”

  1. KakChik Says:

    Tahniah YB atas usaha yang baik ni. Semoga ianya menjadi teladan yang baik kepada seluruh kepimpinan MTD di Kelantan ini. Saya doakan usaha murni ini berkekalan dan terus berkembang maju untuk kebaikan masyarakat di Limbongan khasnya dan di Kelantan amnya.

    Salam Perjuangan.

  2. Blog ADUN Limbongan » Penghargaan buat Tok Guru Says:

    [...] setelah media-media cetak utama dikongkong untuk kepentingan sebelah pihak parti pemerintah. (Maklumat lanjut pelancaran Portal Limbongan.net klik di sini) Tags: Laman Web, MTD Limbongan, Tok Guru Filed Under: Portal [...]

  3. krulayar Says:

    ‘KIAMAT DAN KEADAANNYA’

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K…Dan-Mufti-Mufti

Leave a Reply