Analisis SWOT Bengkel Tahap 1 Cakna Rakyat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 8th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

BANGGOL KERIAN, 7 Jun – Perjumpaan untuk rancangan mengadakan program Cakna Rakyat DUN Limbongan di Madrasah Ustaz Alwi (bekas MP Pasir Puteh) malam ini dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Pasir Puteh yang juga merupakan ADUN Gaal.

Dalam ucapan beliau, kerjasama dalam megadakan program berlandaskan ajaran Islam ini adalah satu yang terbaik untuk dipraktikkan dan penyatuan aqidah yang betul adalah suatu yang amat penting dalam menjayakaannya.

Sehubungan dengan itu ADUN Limbongan yang mempengerusikan perjumpaan ini mengarahkan lantikan AJK program tersebut untuk membuat Analisis SWOT dalam mengkaji kelebihan dan kelemahan dalaman serta luaran yang akan mempengaruhi faktor kejayaan program yang bakal diadakan pada 17 Julai 2010 ini di Padang MDPP.

Bengkel Tahap 1 ini juga membahagikan AJK lantikan menyenaraikan petugas-petugas mengikut UPU dan akan mengumpulkan jemaah petugas pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti yang dijangkakan penglibatan  seramai 500 orang AJK petugas.


Galeri foto oleh wanribu:

Leave a Reply