Sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada mangsa ribut

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 9th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 9 Mac – Seramai 50 mangsa ribut di Mukim Pengkalan, Mukim Gong Chapa, Mukim Padang Pak Amat, Mukim Panggung dan Mukim Jelor hari ini menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah berjumlah RM18,000 yang disampaikan Adun Limbongan, Hj Drs Zainuddin Awang Hamat di Masjid Ar-Rahman, Mukim Pengkalan.

Penyampaian berkenaan menggambarkan konsep Tabung Serambi Mekah yang menghayati teras Membangun Bersama Islam iaitu ‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan maka dimulakan dengan majlis tazkirah ringkas disampaikan Adun Limbongan sendiri dan Penolong Ketua Jajahan Pasir Puteh, Azwan Ab Rahman.

Selepas itu didirikan solat Dhuha dan solat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Mukim Pengkalan, Hj Afandi bersama semua penerima dan pegawai-pegawai agensi kerajaan negeri yang menguruskan sumbangan berkenaan.

“Pendekatan yang kita ambil hari ini sebagai satu simbol bahawa rakyat mesti menghayati permasalahan bencana dan sebagainya bukanlah sesuatu yang kita inginkan bahkan ia adalah tertakluk kepada Qadha’ dan Qadar Allah.

“Justeru itu penerima merasakan sumbangan ini sebagai tanggungjawab kerajaan walaupun tidak menampung keseluruhan kos kerosakan sebenar yang ditanggung oleh mereka.

“Tetapi mereka bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri ini, kecuali rezeki royalti jika diperoleh oleh kerajaan negeri maka segala kesusahan insya-Allah dapat ditampung dengan seadilnya,” katanya Adun Limbongan semasa menyampaikan tazkirahnya sebelum penyampaian bantuan Tabung Serambi Mekah berkenaan.

Tags: , ,

Leave a Reply