Sukaneka di Cakna Rakyat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 30th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 28 Jun – Mesyuarat MTD Limbongan dan AJK Cakna Rakyat DUN Limbongan hari ini telah memutuskan beberapa acara sukaneka yang akan di pertandingkan dalam program Cakna Rakyat bulan Julai ini.

Timbalan Pengarah Cakna Sukaneka, Ustaz Rahmat bin Ibrahim bersama dengan 9 Ketua Unit hadir membentangkan kertas kerja yang membahagikan  acara kepada beberapa kategori iaitu Dewasa Lelaki dan Perempuan, Remaja Lelaki dan Perempuan, Vateran dan Kanak-kanak PASTI.

Lokasi sukaneka yang telah ditetapkan di Dewan MDPP dan Padang MDPP menyenaraikan 22 acara yang akan bermula sejurus selepas upacara perasmian Cakna Rakyat yang akan dilancarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan lebih kurang jam 9.30 pagi.

Antara Sukaneka yang menarik adalah seperti pertandingan kukur kelapa, tunggang basikal lambat, memasak kuih tradisional berasaskan ubi kayu, bolasepak berkaki ayam, suami make-up isteri, smart serban dan lain-lain lagi.

Sementara itu ADUN Limbongan menyatakan rasa bangga dengan persiapan dari seluruh UPU yang sedang giat mengadakan taklimat kepada peserta sukaneka yang mewakili UPU masing-masing.

Tags: , , ,

Leave a Reply