Saya Tak Banyak Kereta Tapi Banyak Kerja – Badrul

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 12th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

KELUBI, JLN. KOTA BHARU, 12 Mei 2010 – Usaha seorang  bekas tentera yang mendapat pendidikan di Royal Military College pada tahun 1977 mengembangkan bakat dan minatnya dalam bidang perniagaan kini hampir mencapai kejayaan.

Selepas berkhidmat selama 15 tahun dalam angkatan tentera, beliau telah menceburi macam-macam bidang perniagaan sejak tahun 1993 dan sehingga kini beliau telah dikenali sebagai pakar dalam servis kenderaan dan mencuci kereta.

Menurut beliau pengalaman dalam ATM juga telah memberi manfaat yang banyak dan beliau menggunakan sepenuhnya kelebihan itu untuk berniaga berasaskan ideologi “Hallalan Toyyiba”.

"Saya tak banyak kereta tapi banyak kerja kerana lebih mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan" - Badrul Hisyam

Sungguhpun ramai yang berpendapat harga yang ditawarkan adalah tinggi sehingga mencecah RM20.00 untuk satu cucian kereta, namun tidak kurang juga yang memuji hasil kerja Badrul yang sangat teliti.

Beliau hanya mampu menyiapkan 3 buah kereta untuk cucian biasa dalam masa satu hari. Sehingga kini beliau masih mencari rakan niaga yang ingin mewujudkan satu jaringan perniagaan berkonsepkan Islam.

Menurut kata ADUN Limbongan YB Drs. Zainuddin, beliau hanya mencuci keretanya di premis ini 3 minggu sekali dan mengelap kereta setiap pagi dengan kain basah sebelum menjalankan tugas. Hasilnya sangat berkesan.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , ,

Leave a Reply