Penyampaian Alatan Sukan dan Taklimat Liga DUN 2011

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 5th, 2011 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 5 Julai – Penyampaian alatan sukan oleh Pemuda PAS DUN Limbongan kepada semua cawangan PAS di DUN ini telah dijalankan di Dewan Majidiah pada hari ini. Majlis dihadiri wakil-wakil pemuda dari semua cawangan dan juga Penghulu-penghulu Mukim.

Satu taklimat ringkas mengenai Bolasepak Liga DUN 2011 juga telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh. Liga yang insyaAllah akan bermula pada 15 Julai ini akan melibatkan wakil pasukan dari semua UPU di DUN ini.

Turut hadir dalam program hari ini Setiausaha DUN Limbongan mewakili ADUN yang masih dalam lawatan kerja di Uzbekistan menyampaikan amanat kepada pemuda-pemuda yang hadir. Antara penekanan dalam ucapan beliau adalah mengenai penglibatan pemuda dalam jentera pilihanraya di peringkat UPU. Beliau juga mengharapkan agar Liga Bolasepak yang akan berlansung nanti berjalan dengan penuh semangat Ukhwah Islamiah.

Tags: , ,

Leave a Reply