Naik Taraf Stable Kuda Hight Capra

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 12th, 2011 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

PASIR PUTEH, 11 April – Kelab Sukan Berkuda Hight Capra hari ini menyatakan rasa syukur apabila mendapat perhatian ADUN Limbongan yang telah bersetuju untuk mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO untuk menaik taraf stable yang bertempat di tebing Sungai Rasau Pasir Puteh.

Kelab sukan dan rekseasi ini sudah beroperasi hampir tiga tahun dibawah pembiayaan sepenuhnya oleh tabung ahli kelab itu sendiri yang sehingga kini sudah melebihi 20  keahlian. Menurut penyelia stable merangkap penaung Kelab Hight Capra, Jaafar Sidik sukan ini semakin diminati di Pasir Puteh terutama dikalangan belia dan juga ahli-ahli perniagaan yang menjadikan minat terhadap sukan elite ini satu aktiviti riadah yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan.

Disamping itu lokasi di tebing Sungai Rasau ini juga amat menarik bagi tujuan merehatkan minda dalam suasana yang amat tenang. Para pengunjung juga boleh menunggang kuda sambil menderma kepada tabung kelab untuk pembangunan taman riadah di DUN ini.

ADUN Limbongan dalam lawatan ini juga menyatakan hasrat untuk mengadakan satu kejohanan yang julung-julung kalinya di sini apabila kerja-kerja menaik taraf litar lumba kuda ini siap sepenuhnya yang insyaAllah dijangka pada bulan Mei ini.

Tags: , ,

Leave a Reply