MB, Adun Limbongan lawat mangsa kebakaran
Posted by wanribu on March 9th, 2010 in DUN Limbongan 1 Comment
PASIR PUTEH, 9 Mac – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas bersama Adun Limbongan serta isteri dan diiringi jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh, Pejabat Tanah dan Jajahan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan.
Lawatan pagi ini menyerlahkan keperihatinan semua institusi kerajaan negeri memandangkan mangsa mempunyai lima anak dan menyarai seorang ibu yang lumpuh.
Dalam kejadian semalam, mangsa, Rohani Jaafar, 33, yang tinggal bersama ibunya yang lumpuh, Siti Khadijah Mat tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediamannya hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 10.
Dalam lawatan berkenaan, Tuan Guru Menteri Besar menyumbangkan derma peribadi sebanyak RM1,500 di samping bantuan kerusi roda menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala Pejabat Tanah dan Jajahan menyampaikan bantuan pendahuluan sebanyak RM1,000.
Tags: Adun Limbongan, DUN Limbongan, Kebakaran, Tok Guru


Monday, 6 February 2012 




March 10th, 2010 at 6:42 pm
[...] Tidak lupa penghargaan khas kepada YAB Tok Guru yang telah meluangkan masanya untuk bertanya khabar mangsa di samping menghulurkan sumbangan peribadinya kepada mangsa terlibat seterusnya semua agensi-agensi kerajaan yang bertungkus lumus turun padang bersama-sama iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Pejabat Kebajikan Masyarakat di samping Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. (Maklumat lanjut baca di sini) [...]