WAKAF LANAS, 31 Mei - Lawatan Titian Ukhwah yang diketuai oleh Puan Zulkaedah Bt. Ali Muhammad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh  menziarah ke rumah keluarga anak yatim piatu yang hidup dalam serba kekurangan.

Setelah ketiadaan ibu bapa sejak beberapa tahun yang lalu, 14 orang anak-anak yatim piatu ini meniti kehidupan dengan penuh cabaran. 7 orang yang masih dibawah tanggungan keluarga sering juga mendapat bantuan dari pihak-pihak yang bersimpati.

Dalam keadaan yang serba kekurangan, mata pencarian rezeki dan tanggungjawab di rumah ini digalas oleh anak keempat, Hazmainizi yang berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan di salah sebuah agensi sekuriti di Pasir Puteh.

Adik beradik lain yang sudah berkeluarga dan berkerjaya terpaksa menyahut cabaran kehidupan masing-masing di perantauan.

Tinggal dirumah yang usang peninggalan dari ibu bapa,  Ketua Dewan Muslimat PAS DUN Limbongan, Fauziah Yusof bersama Norashikin Musa selaku Ketua Penerangan Muslimat DUN telah berikhtiar memyumbangkan satu unit pam air untuk memudahkan keluarga ini menjalankan aktiviti harian.Selain itu sumbangan dalam bentuk makanan juga diberikan.

Lawatan yang mengeratkan lagi persaudaraan Islam bertujuan untuk meringankan beban kehidupan keluarga ini telah mengambil biodata keluarga untuk di bawa kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha memohon bantuan yang selanjutnya bagi menampung keperitan hidup anak-anak yatim piatu ini.

ADUN Limbongan selaku Penaung Titian Ukhwah mengulas bahawa usaha yang dilakukan oleh Dewan Muslimat ini harus diberi pujian kerana menyedari akan kepayahan hidup yang dipikul oleh anak-anak yatim dan berusaha mendapatkan bantuan yang sewajarnya.


Galeri foto oleh wanribu:


Tags: , , , ,

One Response to “Lawatan Titian Ukhwah Muslimat DUN Limbongan ke Rumah Anak-anak Yatim Piatu”

  1. 7 Sikap Ibu Bapa Moden Yang Akan Menghalang Anak Jadi Orang Berjaya Says:

    [...] Di samping itu, dedahkan anak-anak terhadap kerja-kerja amal seperti melawat rumah anak yatim atau memberi makan kepada orang miskin agar mereka lebih faham akan konsep syukur. Foto Kredit: limbongan.net [...]

Leave a Reply