GONG SERAI, 19 Mac – Selepas banjir pada tahun lalu, hakisan sungai terjadi begitu cepat akibat daripada tindakan pihak JPS membersihkan kawasan sungai.

Kesan pembersihan ini, proses hakisan tebing telah mengakibatkan tanah runtuh. Begitu juga kepala jambatan ikut terjejas.

Bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pihak penghulu mukim telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan masalah berkenaan kepada pihak JPS Jajahan Pasir Puteh.

“Alhamdulillah, tindakan cepat pihak JPS jajahan mengeluarkan tender bagi membaik pulih tebing telah mendapat maklum balas luar biasa daripada pihak kontraktor.

“Lebih 100 kontraktor telah melawat ke tempat tapak hakisan tebing tiga hari lepas yang. Keadaan ini telah menyebabkan laluan masuk ke Gong Serai menjadi jem dengan kehadiran kenderaan yang begitu banyak.

“Saya sendiri terpaksa jadi tukang parking kenderaan bagi mengelakkan keadaan laluan bertambah buruk.

“Pihak JPS akan melantik kontraktor berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih tebing yang terhakis secepat mungkin,” katanya selepas lawatan ke tempat hakisan tebing sungai Gong Serai 16 Mac lalu.

Hadir sama meninjau tempat berkenaan ialah Jurutera Perunding JPS, En. Abdul Razak.

Tags: , ,

Leave a Reply