Kursus Pengurusan Jenazah: Muslimat Cakna Akhirat
Posted by wanribu on July 13th, 2010 in DUN Limbongan No Comments
KG. NARA , 11 Jun - Program dibawah anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang disalurkan ke DUN-DUN seluruh negeri ini telah diadakan di Masjid Taman Seri Purnama disertai oleh 15 orang Muslimat setempat.
♦ Dzulkaedah menjadi ‘model’ untuk menunjukkan demonstasi bagi menjelaskan lagi pengajian kursus ini
Sebelum ini program yang sama telah diadakan di Kg. Panggong dan Saring yang melibatkan 105 orang muslimat tempatan. Program ini seterusnya akan diadakan di Surau Alor Pasir, pada 14 Julai 2010 bermula jam 3.oo petang.
Program yang diadakan selama tiga jam ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada semua tentang pengurusan jenazah mengikut ajaran Rasulullah. Selain itu ilmu yang dikongsi bukan sahaja membolehkan kita untuk lebih mahir dalam pengurusan jenazah tetapi boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian dalam menjaga kebersihan diri.
Menurut kata Pemangku Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh, kebanyakkan masyarakat pada hari ini mengambil mudah tentang pengurusan jenazah ini, sedangkan semua perlu menyedari bahawa jenazah yang diurus akan disemadikan dan dipulangkan kepada pemilikNya, Allah SWT. “Sebagaimana kita lahir ke dunia ini dengan penuh kesucian, seperti itulah kita pulang kepadaNya” kata Dzulkaedah lagi.
Sementara itu ADUN Limbongan turut menyatakan rasa bangga dan berterima kasih dengan usaha Dewan Muslimat dengan aktiviti Cakna Akhirat ini yang akan mengukuhkan lagi ukhwah sesama manusia.
Tags: Dewan Muslimat PAS, Dzulkaedah Ali Muhd, Jenazah Limbongan, Kursus Pengurusan Jenazah, Muslimat Limbongan


Saturday, 4 September 2010 



