Hj. Yusof Said Tokoh PAS Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in DUN Limbongan 1 Comment

PADANG PAK AMAT, 26 Mei – Pengorbanan seorang pesara guru yang sanggup memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan PAS Padang Pak Amat dari tahun 1989 hingga sekarang. Pengalaman beliau sewaktu berkhidmat sebagai seorang pendidik diterapkan dalam pengurusan jemaah sesuai dengan kehendak dan matlamat PAS untuk mendaulatkan syarak Allah.

Memegang jawatan selama 21 tahun, memberi banyak nostalgia yang boleh di jadikan teladan kepada generasi kemudian. Beebekalkan kesabaran, istiqamah dan tarbiah maka beliau masih diperlukan oleh ahli jemaah dicawagannya. Sewaktu menjadi guru, beliau pernah ditukar beberapa kali dan yang terakhir ialah di Sekolah Rendah Buloh Poh, Ketereh.

Jasa yang dicurahkan tidak hanya dalam bentuk khudrat, malah Hj. Yusof juga telah menderma sebuah bangunan untuk Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Limbongan dan sebuah pejabat Penghulu untuk mukim Padang Pak Amat. Selain itu beliau juga mengetuai gotong royong membina PASTI di kawasan tersebut yang kini telah beoperasi selama 18 tahun dan jumlah pelajar semakin meningkat dari masa ke semasa.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: ,

One Response to “Hj. Yusof Said Tokoh PAS Limbongan”

  1. PENGUMUMAN PENTING,BUKTI LAPORAN HARAKAHDAILY TIDAK TEPAT @ PRK DUN LIMBONGAN ? | Story-Story Malaysia Says:

    [...] menziarahi Adun di Hospital Kota Bharu gambar Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat (sumber http://limbongan.net/ ) mula tulis jam 9.10 dan siap 10.24 [...]

Leave a Reply