Cikgu Din Jumpa Sahabat di Kg. Surau
Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 12th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments
KG. SURAU, 12 Mei 2010 – Turun kepadang mendengar sendiri masalah rakyat, itulah yang menjadi petua dan amalan ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin dalam menangani isu serta masalah kemiskinan rakyat di kawasan beliau.
Menurut beliau, Pejabat Wakil Rakyat secara tidak formal adalah dimana-mana sahaja seperti di kedai kopi sambil berbincang dan menghirup kopi bersama makan roti canai.

"Wakil rakyat kampong macam ni lah, tak segan apabila rakyat mempelawa keliling kampong dengan motoskal" - Hj. Suffian
Dalam lawatan ini ADUN Limbongan sempat ziarah veteran PAS yang uzur (Ismal Saat), walaupun penglihatannya agak kabur tetapi beliau mudah cam dengan suara wakil rakyat melalui deria telinganya. Beliau telah diberikan sara hidup bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Disamping itu YB Drs. Zainuddin turut beramah mesra dengan seorang Afendi (OKU) yang mengusahakan obat-obat tradisional dan urutan.
Galeri foto oleh wanribu:
- “Wakil rakyat kampong macam ni lah, tak segan apabila rakyat mempelawa keliling kampong dengan motoskal” – Hj. Suffian
- Bermesra bersama Afendi (OKU) dalam mendengar luahan hati beliau.
- “Begini baru tutup aurat” – YB Drs. Zainuddin bermesra dan bergurau bersama warga emas Ismail Saat
- Mendengar masalah kemiskinan bersama Ismail Saat
- Masih ada yang sayang. Ini lah kenderaan kesayangan Afendi.
- Roti Canai Maidin – Diusahan sejak 10 bulan yang lalu di simpang masuk Kg.Surau mendapat pujian ramai
Tags: Cakna Rakyat, Limbongan, Rakyat