Cakna Rakyat DUN Limbongan Janjikan Kelainan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 7th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 6 Jun – Mesyuarat AJK Program Cakna Rakyat DUN Limbongan yang dipengerusikan oleh ADUN Limbongan, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat mendapat kata putus untuk mengadakan sedikit perubahan dalam program yang akan diadakan  di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh pada 17 Julai 2010 ini. Mesyuarat yang diadakan di Markas PAS Bukti Gedombak ini dihadiri oleh seluruh MTD Limbongan dan AJK lantikan khusus program Cakna Rakyat.

Falsafah program iaitu “Kecaknaan Membawa Rahmat Untuk Semua” bermatlamat untuk memantapkan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat. Selain memperkasakan sistem demokrasi ke arah kesedaran hak warganegara, program ini juga bakal merungkai zon yang tidak selesa dengan pelbagai maklumat.

Antara acara rasmi yang bakal diadakan adalah perarakan berkuda yang akan menyambut ketibaan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Pemeriksaan Perbarisan Rakyat, Sukaneka Rakyat, Pertandingan dan Persembahan Anjuran Halaqat, Forum Islam serta Cabutan Bertuah untuk peserta-peserta yang melibatkan diri dalam program ini.

Antara program pertandingan berbentuk hiburan yang bakal menjanjikan kelainan adalah seperti pidato dan bacaan sajak mengenai Yahudi perosak dunia dan  Judi Musuh Ummah, seni mempertahankan diri, sukan berkuda dan yang paling menarik adalah persandingan pengantin baru 2010  beramai-ramai bertemakan Bahagia BersamaMu.

Selain itu acara seperti tayangan video kesedaran ke Akhirat, tayangan filem Omar Turki, pameran foto-foto oleh AADK, JPAM, PDRM, JPJ, AKSB, Pejabat Pertanian, JPS, Pejabat Haiwan, PTJPP, MDPP, Pejabat Agama dan Urusetia Penerangan akan memeriahkan lagi program ini.

ADUN Limbongan berharap program ini dapat mempereratkan lagi hubungan antara masyarakat dalam konteks tanggungjawab ukhrawi & sosial. Selain itu ianya akan dapat mewujudkan ruang komunikasi yang telus ke arah masyarakat berkebajikkan.

Sebarang cadangan dalam usaha untuk memantapkan lagi program ini bolehlah di suarakan di www.limbongan.net atau hubungi Pengarah Program Tuan Haji Mohd Judin (019-9133272) atau Setiausaha Mohd Ruslan Muda (019-9128472).


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , ,

Leave a Reply