Bantuan Beg Sekolah Kepada Anak-anak Armalah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 27th, 2010 in DUN Limbongan No Comments

KG. KAMIL, 19 Disember – Perihatin kepada masalah yang terpaksa ditanggung oleh seorang armalah yang telah kematian suami baru-baru ini, bantuan beg sekolah telah disumbangkan oleh Majlis Tindakan DUN Limbongan kepada anak-anak yang bakal kembali ke sekolah apabila cuti akhir tahun sudah hampir tamat.

Sumbangan yang telah disampaikan melalui Pegawai Armalah DUN Limbongan, Puan Faridah boleh meringankan beban yang dipikul oleh Ashikin yang menanggung 6 orang anak yang masih dibangku sekolah. Pendapatan keluarganya setelah kematian suami akibat sakit kronik bergantung sepenuhnya kepada perniagaan kecil-kecil iaitu menjual keropok dan air minuman kepada pelajar-pelajar sekolah.

Kunjungan limbongan.net bersama Faridah kerumah Ashikin mendapati beliau dan anak sulungnya tidak ada di rumah pada masa itu kerana terpaksa berkerja sambilan di salah sebuah restoran yang berdekatan dalam usaha mencari wang untuk membiayai perbelanjaan anak-anak yang lain. Menurut anak-anak yang ada pada masa itu, mereka sudah hampir sebulan tidak berniaga seperti biasa kerana cuti sekolah.

ADUN Limbongan yang sebelum ini sudah beberapa kali melawat keluarga Ashikin sebelum ini menyatakan amalan sedekah seperti ini kepada penerima yang amat memerlukan bantuan adalah sewajarnya dipertingkatkan dari masa ke semasa tanpa mengira status dan kepentingan. “Memberi kebahagiaan kepada orang lain adalah satu amalan yang besar pahalanya dan mudah-mudahan kebahagian hidup yang dikecapi dapat dikongsikan bersama untuk hidup dalam susasana yang lebih harmoni” kata Drs. Hj. Zainuddin lagi.

Tags: , , ,

Leave a Reply