AMANAT IDULFITRI 1431HB ADUN LIMBONGAN

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on September 8th, 2010 in DUN Limbongan, MDPP, Pasir Puteh No Comments

Assalamualaikum Wbrt.

Hari ini merupakan hari terakhir pertemuan kita dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak sebagai Bulan Al-Quran, Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan dimakbulkan doa agar diajauhkan dari api neraka. Bagi yang mendapat taufik dan hidayah serta maghfirah amat terasa kesedihan berpisah dengan bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang mulia.

Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan Program Tarbiyah Rakyat dengan tadarus Surah Al-Furqan ayat 66 – 77. Intisari ayat tersebut amat dirasai akan kehendak agar manusia yang mengaku beriman menjadi Ibadurahman dengan ciri-ciri berikut:

  1. Tawadhu’ –Merendahkan diri kepada Allah
  2. Baik Hati tidak sombong
  3. Solat malam (Qiamulail)
  4. Takut Azab Neraka
  5. Sederhana Dalam Perbelanjaan
  6. Mentauhidkan Allah
  7. Tidak Melakukan Pembunuhan
  8. Tidak berzina
  9. Bertaubat nasuhat dan Melakukan Amal Soleh
  10. Tidak Bersumpah Palsu dan Meninggalkan Perbuatan Yang Tidak Bermanfaat
  11. Tidak Menyalahi Ayat-Ayat Allah
  12. Memohon Kebaikan Bagi  Isteri dan Keluarga.

Maka pada kesempatan ini marilah kita musabah diri agar selama 1 bulan kita menjalani proses tarbiyah Ramadhan telah kita miliki atau semakin gawat akhlak kita. Walau bagaimanapun  kita jangan berputus asa kerana Allah mendahului Sifat Rahman dan RahimNya maka kita sama-sama berdoa agar diberi kesempatan  bertaubat sebelum menghembus nafas yang terakhir.

Pada kesempatan ini saya ingin menyampaikan pesanan kepada semua warga Bandar Pasir Puteh dan anak-anak perantau agar marilah sama-sama kita bina MDPP Ke  Arah Berdiri Dan Sejahtera melalui  sumbangan buah fikiran dan tindakan secara realistik. Bandar Pasir Puteh yang berkembang pesat amat memerlukan warganya yang Kritis, Kreatif dan Futuristik ( melihat ke depan). Semua cadangan-cadangan tersebut boleh disampaikan melalui Website www.mdpp.gov.com  atau www.limbongan.net atau di Facebook. Pada kesempatan ini juga sama-sama kita bina MDPP Bandar Bersih sesuai dengan Fitrah Kita Sebagai Orang Islam Cinta Kebersihan.

Akhir sekali Saya ucapkan Selamat Idulfitri ,maaf zahir batin.

Sekian.

Tags: ,

Leave a Reply