Amalan Ziarah Jaminan Panjang Umur

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 26th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

PASIR PUTEH, 26 Nov – Kunjungan ADUN Limbongan ke Hospital Tengku Anis di sini menziarahi rakan taulan dan rakyat yang terlantar kesakitan menguatkan lagi saranan beliau kepada semua orang  agar amalan seperti ini menjadi satu keutamaan.

Drs. Zainuddin dalam ziarah tidak rasmi di  HTA pagi ini selain menyatakan rasa syukur dengan tahap kesihatannya sekarang, mengingatkan orang ramai kepada sabda Rasulullah tentang tiga amalan yang boleh memberi jaminan doa orang-orang mukmin agar dipanjangkan umur oleh Allah SWT iaitu menziarah orang yang dalam kesusahan, mendoakan kesejahteraan dan bersedekah.

“Kita selalu berdoa untuk kesejahteraan yang diinginkan, tapi kadang-kadang kita tidak sedar kesejahteraan yang dipohon sudah dimakbulkan. Amalan ziarah seperti ini sudah tentu akan mengingatkan diri kita sendiri tentang lima perkara sebelum lima perkara” tambah beliau lagi.

Beliau bersama isteri juga baru balik dari menziarah Arwah Tok Chik Mat di Kg. Merkang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya dan Arwah Akik di Wakaf Bunut yang kembali ke rahmatullah pagi ini kerana sakit tua. Al-Fatihah.

Tags: , , ,

Leave a Reply