100 ribu untuk Projek Ikan Keli DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 5th, 2011 in DUN Limbongan 2 Comments

PASIR PUTEH, 3 April – Sepuluh peserta Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Ladang Rakyat DUN Limbongan hari ini mendapat benih baru anak ikan keli sebanyak 100,000 ekor untuk meneruskan projek tersebut untuk kali ketiga sejak ianya ditubuhkan di sini.

  • Mohd Fairuz melepaskan anak ikan keli ke dalam kanvas

Menurut Pengerusi Ladang Rakyat DUN Limbongan, Wan Muhd. Saufi Wan Mat Ali kejayaan dalam projek yang lepas menjadi satu dorongan untuk peserta yang menguruskan projek ini meningkatkan pengeluaran lebih dari apa yang dianggarkan dari pihak Ladang Rakyat Aqua Farm Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Perbadanan Ladang Rakyat.

Pengurus Projek Ladang Rakyat Aqua Farm Sdn. Bhd., Mohd Fairuz Hassan menyatakan bahawa tapak projek ikan keli di DUN Limbongan ini adalah yang terbaik berbanding dengan lokasi-lokasi lain. Begitu juga dengan pihak pengurusan DUN dan peserta yang komited dengan tugas masing-masing. Ini adalah faktor kejayaan yang telah menobatkan projek ikan keli di DUN ini adalah yang terbaik di Kelantan.

100 petak yang ditempatkan di Kg. Temila ini mampu mengeluarkan lebih dari 8 tan ikan keli  dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sekaligus memainkan peranan membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup  yang tidak terhad kepada para peserta Ladang Rakyat sahaja.

Tags: ,

2 Responses to “100 ribu untuk Projek Ikan Keli DUN Limbongan”

  1. keli oh keli Says:

    jom lawat blog keli “)

  2. keli selatan Says:

    As’salammualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan berugama islam.

    Benih ikan keli afrika kacukan bunga sedia untuk dijual.

    2 – 2.5 inci dari 0.065 sen (30,000ekor ke bawah)
    2 – 2.5 inci dari 0.055 sen (30,000 ekor ke atas)

    Penghantaran percuma sekitar Johor untuk permintaan 20,000ekor ke atas,
    manakala kawasan luar dari johor, bayaran penghantaran dikenakan walaubagaimanapun ia boleh dirunding berdasarkan kuantiti dan tempat.

    Harga adalah kadar semasa, sila SMS, WhatsApp atau Call untuk berbincang lebih lanjut.

    Keli Selatan : 0197272344
    email : keliselatan@gmail.com

Leave a Reply