Zon Pelupusan Sampah Jadi Lubuk Pendapatan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 4th, 2011 in DUN Kelantan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 4 Nov - ADUN Limbongan yang turut serta dalam kerja gotong royong membuat persiapan untuk Majlis Perasmian Kolam Ikan Air Tawar, Penyampaian Bantuan Input Pertanian & Korban Aidiladha 2011 pagi ini menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan kawasan zon pelupusan sampah dikawasan ini sebagai Pusat Ekotourism Akuakultur pertama di negeri ini.

ADUN Limbongan bersama Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Bukit Gedombak

Sehingga kini sudah lebih 100 unit kolam ikan di keluasan tanah 16 ekar yang diusahakan oleh 8 orang penternak telah mendapat pasaran. Melalui pembentukan Persatuan Penternak Ikan Air Tawar, beliau berharap kerjasama dari semua pihak agar dapat membangunkan kawasan yang selama ini hanya dikenali sebagai zon pelupusan sampah.

Perbincangan dan pencambahan idea bersama penternak dan pengusaha

Pembangunan yang telah dirancang termasuklah menjadikan kawasan kolam ini sebagai pusat ilmu penternakan ikan, pembangunan industri desa seperti keropok, pembentukan koperasi pertanian dan badan kebajikan.

Kolam pembiakan dan penetasan

Kolam dan persatuan ini akan dirasmikan oleh YB Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan YB Che Abdullah Mat Nawi pada 8 November ini di sini bersama program Korban Aidiladha dan Pembahagian Daging Korban kepada seramai 200 orang fakir miskin. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Makan tengahari disediakan.

Tags: , ,

Leave a Reply