PASIR PUTEH, 30 September - Wakil pasukan bagi UPU Kg. Nara mengekalkan kejuaraan Bolasepak Liga DUN Limbongan bagi tahun 2011 dengan menewaskan pasukan Permatang Sungkai 1-0 jaringan pada saat-saat akhir perlawanan. Pada kejohanan yang sama tahun lepas, pasukan Kg. Nara juga muncul sebagai juara.

Juara membawa pulang wang tunai RM1200 + medal, Naib Juara RM900 + medal, tempat ke3 (UPU Cherang Tuli) dan ke4 (UPU Sri Aman) masing-masing RM500 + medal. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Peng. 1 MTD Limbongan mewakili ADUN Limbongan yang kini berada di Pulau Pinang sempena kongres Sambutan 60 Tahun PAS.

Leave a Reply