Turun ke Baruh Bersama Dato’ Hj. Husam

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 12th, 2010 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Lawatan 2 Comments

TUNJONG, 12 Mei 2010 – Lawatan ADUN Limbongan ke Baruh Tunjong, DUN Salor adalah untuk mempelajari dan mengembangkan usaha dalam penanaman padi organik dikawasan Limbongan pada masa akan datang.

Usaha membawa budaya padi organik telah dibawa ke Kelantan oleh Dato’ Paduka Haji Husam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan dan telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 22 Julai 2009.

Aep Saifuddin selaku pilot projek sedang berkongsi ilmu penanaman padi organik kepada ADUN Limbongan sambil diperhatikan oleh Dato' Paduka Hj. Husam

Kaedah penanaman ini (organik) sebenarnya telah lama dipraktikkan di Madagascar iaitu pada penghujung tahun 80an dan Indonesia juga sedang giat mengembangkan kaedah penanaman ini kerana secara umumnya, padi yang ditanam dengan menggunakan kaedah ini akan memberikan hasil lebih 20-30% dari padi yang ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biasa.

“Kaedah SRI (Sistem Memperhebatkan Hasil Padi) yang digunakan untuk projek ini telah banyak membantu keseimbangan biologi tanah untuk projek ini, dan hasilnya ialah, ia tidak mencemarkan alam, tidak memerlukan air yang banyak dan juga dapat menjimatkan lebih banyak kos, disamping kualiti kesuburan tanaman pula lebih terjamin” kata Dato’ Paduka Hj. Husam ketika ditemuramah oleh wartawan limbongan.net.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , ,

2 Responses to “Turun ke Baruh Bersama Dato’ Hj. Husam”

  1. model baju batik Says:

    Blog anda sangat menarik dan sangat menginspirasi saya.

  2. wanribu Says:

    terima kasih saudara…

Leave a Reply