Program Komuniti PAS bersama Sinar Harian

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 27th, 2012 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

PASIR PUTEH – Jawatankuasa PAS Kawasan Pasir Puteh bersama para wartawan dan pengurusan Sinar Harian Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan satu program merapatkan ukhwah antara ahli keluarga PAS dengan media tempatan.

Program yang dirancang untuk diadakan pada 28 Januari 2012 bertempat di Dewan Utama  MDPP bermula pada jam 2.00 petang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Pada majlis yang sama juga, bantuan input pertanian akan disampaikan kepada penerima.

Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, YB Drs. Hj. Zainuddin Ag. Hamat berkata agenda dalam program tersebut akan lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli PAS dan secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi jalinan rakyat tempatan bersama Sinar Harian yang merupakan akhbar tempatan terlaris.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan program ini di samping peluang untuk memenangi 100 cabutan bertuah. Selain itu antara acara lain yang akan memeriahkan lagi program tersebut adalah seperti persembahan dikir barat oleh Jen Endoro, konvoi remaja berbasikal fixer, persembahan Muay Thai, Seni Silat dan lain-lain lagi. Jamuan rakyat juga turut diadakan pada hari tersebut.

Tags: ,

Leave a Reply