Lawatan Kerja BBC Kelantan ke MDPP

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 8th, 2010 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Lawatan, MDPP No Comments

PASIR PUTEH, 8 Jun – Lawatan kerja Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan ke MDPP yang diketuai oleh Presiden, YB  Hj. Abdullah Bin Yaakob hari ini berakhir di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh setelah mengadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan MDPP.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan BBC kelantan buat pertama kalinya dalam lawatan kerja tewas kepada pasukan MDPP dengan kiraan 1-0. Antara ADUN yang dilihat beraksi ialah YB Dr. Nik Mazian, YB Abdul Aziz Kadir dan YB Wan Yusof yang juga Setiausaha kelab itu.

Sebelum itu, satu taklimat di adakan di bersama dengan Ahli Kerajaan Tempatan (Ahli Majlis) yang dipengerusikan oleh YDP Majlis Haji Wan Abdul Aziz B Wan Jaafar di bilik gerakan PTJPP. Taklimat diadakan bertujuan untuk membentang dan merungkai setiap isu yang berkaitan dengan permasalahan rakyat tempatan.

Seperti lawatan-lawatan yang lepas, BBC Kelantan dengan kerjasama jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin tempatan di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh.

ADUN Limbongan yang masih belum sihat sepenuhnya memberi kata-kata aluan kepada semua yang hadir dan mengharapkan agar rakyat di daerah ini memahami sepenuhnya erti demokrasi agar dapat menyuarakan sebarang permasalahan supaya pihak kerajaan tempatan dapat menyelesesaikannya dengan efisyen pada masa akan datang.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , ,

Leave a Reply