WAKAF BERANGAN, 6 Jun – Kulaih Maghrib oleh ADUN Batu Buruk, YB Dr. Syed Azman B Syed Ahmad Nawawi mengenai tanggungjawab umat Islam dalam menangani malapetaka penganiayaan Yahudi di bumi Palestin mendapat perhatian yang serius oleh para muslimin dan muslimat di Masjid Majidiah,  Pasir Puteh.

Dalam kuliah tersebut, beliau telah menceritakan tentang sejarah bumi Palestin iaitu kiblat pertama yang berada di Masjid Al-Aqsa sebelum akhirnya dipindahkan ke Baitullah sekarang. Beliau juga menerangkan tentang tiga buah Masjid yang paling dirahmati dalam hadith Rasulullah iaitu Majidil Haram, Masjid Nabawiyah dan Masjid Al-Aqsa ini.

Keganasan tentera Zionis yang sudah 6 dekat membakar kebun-kebun  dan  mata pencarian umat Islam di Palestin kini sedang mengorek terowong di bawah Masjid Al-Aqsa dalam usaha merobohkannya.

Beliau juga menekankan di mana maruah umat Islam sekarang apabila bumi suci yang dikelilingi oleh negara-negara yang kaya seperti Arab Saudi di jahanamkan dari masa ke semasa. Lanjutan itu, beliau juga menyatakan golongan miskin adalah antara yang mampu untuk bersama-sama mempertahankan bumi suci ini dikala rakyat Palestin sedang meraung memanggil meminta bantuan.

Beliau juga tertarik dengan kata-kata Syeikh Yusoef Al- Qardhawi seorang pejuang dan pemimpin agama Islam yang berkata: “Umat islam hari ini ramai ibarat buih-buih terapung dalam air yang banyak” yang membawa maksud umat yang takut kepada maut sedangkan kemusnahan di Palestin semakin hari semakin bianasa.

ADUN Limbongan yang mempengerusikan majlis Kuliah Maghrib ini juga menyatakan rasa marah kepada tentera Zionis dan mengingatkan para hadirin agar tidak mati dalam kekenyangan seperti seekor tikus mati didalam seguni beras.

Kuliah berakhir dengan Solat Isyak berjemaah di Masjid Majidiah.


Galeri foto oleh wanribu:

Leave a Reply