Cakna Orang Hilang

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 28th, 2010 in DUN Kelantan No Comments

Pulau Sa, 28 Jun – Kehilangan Azri Bin Hashim sejak 3 hari lalu dengan penuh misteri telah dijumpai pada hari ini jam 5.00 petang oleh abang iparnya sendiri Shamsudin Ibrahim di Kg. Gong Pok Nor, Temila.

Azri yang berumur 37 tahun menghadapi psikosis gangguan mental sejak 10 tahun yang lepas selepas beliau balik dari berkerja di Singapura, tinggal berkeseorangan di rumah bverhampiran dengan rumah keluarganya di Kg. Pulau Sa.

Dia tidak berupaya menjaga diri sendiri yang terpaksa ditanggung oleh abang iparnya. Selepas kematian ibu pada 18 Jun yang lalu beliau semakin tertekan sehingga tanpa disedari oleh keluarga beliau telah menghilang dari rumah sejak 6.30 pagi pada 25 Jun lepas.

Penduduk kampung yang diketuai oleh Penghulu Gong Chapa Saudara Mukhari Bin Abdul Ghani telah melaporkan kepada pihak Polis dan solat hajat, bomoh untuk mencari kehilangan Azri selama empat hari. Alhamdulillah pada hari ini Azri telah ditemui oleh abang iparnya itu.

Penghulu Gong Chapa mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha mencari Azri yang hilang ini.

Dalam pada itu, ADUN Limbongan mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang mengambil berat @ Cakna Jiran bekerjasama tanpa mengira masa dan benda semata-mata bersimpatik dengan keluarga berkenaan walaupun Azri ini tidak sempurna akal tetapi orang ramai menghargai beliau juga sebagai satu anggota dari masyarakat yang perlu diambil berat.

Tags: , , ,

Leave a Reply