BAJET 2017 – Kelantan Sejahtera Untuk Islam

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on October 27th, 2016 in DUN Kelantan No Comments

Bajet 2017 Kelantan akan memberi tumpuan kepada empat teras berikut:-

Teras Pertama: Keberkatan iaitu dengan Membangunkan Kesejahteraan Rakyat Berteraskan Pembangunan Insan Untuk Mencapai Keredhaan Allah;

Teras Kedua: Kemakmuran iaitu dengan Merancakkan Pembangunan Ekonomi Rakyat Dengan Memanfaatkan Sumber Setempat;

Teras Ketiga: Kebajikan iaitu dengan Membela Golongan Dhaif Dan Miskin, Orang Kelainan Upaya, Anak Yatim, Armalah Dan Warga Emas; dan

Teras Keempat: Kecekapan iaitu dengan Mengukuhkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri dan Mengukuhkan Kewangan Negeri.

Berdasarkan teras yang dinyatakan, bajet 2017 akan berpaksikan kepada strategi-strategi berikut:-

a) Mempergiatkan aktiviti dakwah dan bina insan bagi melahirkan rakyat yang bermotivasi tinggi, dinamik dan berbakat serta mengamalkan nilai-nilai hidup Islam yang syumul.

b) Merancakkan aktiviti ekonomi rakyat dengan membuka lebih banyak peluang dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan bakat dan persekitaran mereka bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.

c) Memastikan kemudahan infrastruktur dan utiliti asas dapat dibangunkan dan diselenggara dengan baik termasuk penambahbaikan sistem bekalan air terawat, menaiktaraf jalan-jalan negeri, pembaikian jalan-jalan kampung dan kebersihan bandar untuk keselesaan rakyat.

d) Mewujudkan urus tadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.

e) Merancang perbelanjaan secara optima dan mengelak ketirisan dalam perbelanjaan.

f) Memperkukuhkan kutipan hasil termasuk tunggakan hasil dan memperluaskan sumber-sumber hasil negeri yang baharu.

Peruntukan Bajet Kelantan 2017: RM 636.98 Juta

KEBERKATAN

1. Perbelanjaan Mengurus dan melaksanakan program keagamaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) RM 44.06 Juta
2. Projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di bawah Pejabat Pembangunan Negeri RM 7.0 Juta
3. Mengekalkan sumbangan tahunan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebanyak RM 1.0 Juta
4. Prasarana Material Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II RM 1.0 Juta, dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan RM 1.3 Juta
5. Meneruskan agenda kecemerlangan akademik dan syaksiah pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) RM 96.0 Juta
6. Projek pembangunan baru, menaiktaraf dan menyelenggara bangunan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) RM 4.0 Juta
7. Program pendidikan dan pembelajaran bagi pendidikan pra sekolah, aktiviti pendidikan, bantuan pelajaran, dana pendidikan guru YIK dan program pengajian tinggi RM 7.26 Juta
8. Program pembinaan insan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri RM 2.2 Juta
9. Program pembangunan dan pengurusan operasi harian Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) RM 2.0 Juta

KEMAKMURAN
1. Perbelanjaan mengurus kepada 10 Pejabat Tanah Jajahan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing RM 53.71 Juta
2. Projek-projek pembangunan fizikal RM43.25 juta ,
3. Perbelanjaan mengurus RM22.09 Juta
4. Program-program sosio-ekonomi RM21.0 juta
5. Pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) RM 9.0 Juta
6. Program Bantuan Rumah Dhuafa’ RM 6.4 Juta
7. Perkhidmatan Bekalan Air Luar Bandar RM 1.2 Juta
8. Pemberian mengurus dan gentian cukai PBT dan gentian cukai perumahan RM 4.9 Juta
9. Kerja-kerja perkhidmatan dan pembangunan perbandaran RM 12.7 Juta
10. Kebersihan dan pengurusan sisa pepejal RM 6.0 Juta
11. Perbelanjaan mengurus pembangunan kerjaraya dan infrastruktur RM 36.71 Juta
12. Memperluas system rangkaian jalan negeri RM 21.1 Juta
13. Projek Pembinaan Jambatan Baharu Pasir Tumbuh, Projek Naiktaraf Jalan Kubur Maras dan Projek Meninggi Aras “Road Kerb” RM 9.5 Juta
14. Pengurusan dan penyelenggaraan jalan-jalan utama negeri RM 180.0 Juta
15. Pembinaan dan menaiktaraf jalan-jalan kampung RM 10.0 Juta,
16. Pembinaan dan menaiktaraf jalan-jalan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan RM4.0 Juta
17. Pembinaan jalan-jalan di kawasan industry RM 800 Ribu
18. Pembinaan dan pembaikian jambatan diseluruh negeri RM 7.0 Juta
19. Pengambilan balik tanah bagi cadangan pembinaan jalan-jalan negeri baharu RM 10.0 Juta
20. Perbelanjaan mengurus Jabatan Pengairan dan Saliran RM 21.78 Juta
21. Perbelanjaan pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran RM 9.22 Juta
22. Perbelanjaan mengurus Jabatan Pertanian Negeri RM 12.97 Juta
23. Perbelanjaan mengurus Jabatan Veterinar Negeri RM 8.07 Juta
24. Perbelanjaan mengurus Jabatan Perikanan Negeri RM 720 Ribu
25. Program-program berkaitan pertanian RM 1.41 Juta
26. Peruntukan untuk projek-projek pertanian RM 3.01 Juta
27. Peruntukan bagi projek-projek penternakan RM 3.22 Juta
28. Program galakan pertanian dan penternakan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri RM 2.0 Juta
29. Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu RM 300 Ribu
30. Projek-projek perikanan RM 570 Ribu
31. Bantuan Nelayan Pantai/ Sungai dan Akuakultur RM 300 Ribu
32. Langkah-langkah melahirkan generasi usahawan RM 6.05 Juta
33. Projek pembangunan infrastruktur Usahawan RM 900 Ribu
34. Program Pembangunan Usahawan Tani RM 150 Ribu
35. Membina dan membaiki pasar dan gerai di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan RM 2.5 Juta
36. Program hubungan masyarakat antara kaum RM 1.5 Juta

KEBAJIKAN
1. Peruntukan bagi Takaful Kifalah Warga Emas RM 8.0 Juta
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 20.8 Juta dan bantuan bantuan kebajikan RM 17.86 Juta
3. Program Pengurusan Jemaah Haji RM 200 Ribu
4. Kempen Kesihatan, bantuan Penyakit Kronik serta aktiviti Pemuliharaan alam sekitar RM 1.0 Juta
5. Aktiviti melibatkan agenda kesejahteraan rakyat dan aktiviti NGO RM 600 Ribu
6. Program Belia dan Sukan RM 5.7 Juta
7. Program Wanita, Keluarga, Kanak-kanak, OKU, dan Pembangunan Masyarakat RM 5.5 Juta
8. Peruntukan bagi Armalah(ibu tunggal) dan anak yatim RM 6.0 Juta
9. Peruntukan bantuan Am Bulanan Al-Musa’adah RM 10.8 Juta

Leave a Reply