Al-Fatihah Untuk Allahyarham Pak Su Kamil

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 4th, 2010 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

TANAH MERAH, 1 Disember - Mantan ADUN Gual Ipoh, Muhamad Kamil Harun, 68 atau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Kamil meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 7 pagi tadi ketika berada di kebunnya di Kampung Sokor, terletak di pedalaman pekan Gual Ipoh.

Paksu Kamil anak kelahiran Kg. Bukit Durian, Tanah Merah pernah memegang jawatan sebagai AJK PAS Tanah Merah pada tahun 1993 dan menang kerusi DUN Gual Ipoh pada PRU 1999. Beliau meninggalkan 3 orang cahaya mata dan seorang balu Puan Rohani Hussin.

Tok Guru menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham

Antara yang hadir menziarahi jenazahnya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood.

ADUN Limbongan yang juga hadir menziarah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Jenazah telah selamat dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Durian.

Al- Fatihah.

Tags: , ,

Leave a Reply