Soutul Halaqat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 7th, 2011 in DUN Limbongan, Soutul Halaqat No Comments

Alhamdulillah Soutul Halaqat DUN Limbongan (SHDL) kali pertama dapat diterbitkan dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada Pengelola Halaqat Pasir Puteh Ustaz Rahmat Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Limbongan.

Terima kasih yang teramat kepada ADUN Limbongan selaku Penasihat Soutul Halaqat ini yang telah banyak memberi peransang dan bantuan tidak kira dari segi urusan mahupun kewangan.

Jawatankuasa Soutul Halaqat yang dipengerusikan oleh Ustaz Yusof Muda mengalu-alukan sebarang cadangan, nasihat, artikel atau apa saja untuk dimuatkan di ruangan SHDL ini.


Senarai AJK SHDL:

Pengerusi: Ustaz Yusof Muda

Setiausaha: Ustaz Jusoo Draman

Bendahari: Hj. Jaafar Mamat

AJK:

1. Ustazah Aini Othman

2. Hj. Shahir Saad

3. Ustaz Zakaria Ibrahim

4. Ustaz Uwais Al-Qarnain

5. Hj. Salleh Amat

6. Ustaz Abdullah Ibrahim

7. Hjh. Rahimah Ibrahim

8. Ustazah Azizah Salleh

Tags:

PASIR PUTEH, 2 Mac – Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai yang ditubuhkan sejak 22 tahun lalu melalui proses peningkatan sistem pengajian dengan pembinaan bangunan baru.

Bangunan tiga tingkat yang bakal menempatkan ruang tetamu, makmal komputer, bilik belajar dan perpustakaan membolehkan urusan pengajian dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Setiausaha Majlis Syura Pondok, Ahmad Shah Awang Ngah berkata, bilik belajar di bangunan tersebut merupakan matlamat utama kerana ketika ini katanya, kelas diadakan dalam suasana tidak selesa di bilik usang.

Katanya, bangunan itu nanti membolehkan lebih 200 warga pondok dan pelajar mengikuti kelas belajar dengan sempurna.

“Secara kasarnya, bangunan ini siap 70 peratus yang menelan belanja kira-kira RM150,000 hasil sumbangan orang ramai dan untuk menyiapkan dan melengkapkan bangunan ini, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000,” katanya.

Ahmad Shah berkata, Majlis Jamuan Sambil Menderma dan Maulidur Rasul yang diadakan tiga hari lalu berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM33,000.

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan diminta menyalurkannya ke akaun BIMB 03-090-02-009151 atas nama Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai atau menghubungi Ahmad Shah di talian 013-9002487.

Pondok yang ditubuhkan Tuan Guru Abdul Hamid Daud itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990.

Kawasan pondok seluas 2.3 hektar itu merangkumi kediaman guru atau tenaga pengajar, masjid, ruang belajar, pondok pelajar Muslimin, pondok pelajar Muslimat, pondok orang tua dan pondok keluarga.

Ahmad Shah berkata, pondok tersebut mendapat bekalan air tandak dari jeram yang terletak kira-kira 2 kilometer dari pondok terbabit.

“Penyelenggaraannya dilakukan pelajar dari semasa ke semasa yang membolehkan air disalurkan ke tangki pondok serta digunakan secara percuma.

“Suasana damai di pinggir bukit ini membolehkan pelajar atau warga pondok mengikuti kelas dalam keadaan tenteram,” katanya sambil memberitahu sistem pengajian di pondok berkenaan diadakan secara Nizami (bersistem), Umumi (umum) dan kumpulan belajar.

Tags: ,