Program Komuniti PAS bersama Sinar Harian

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 27th, 2012 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

PASIR PUTEH – Jawatankuasa PAS Kawasan Pasir Puteh bersama para wartawan dan pengurusan Sinar Harian Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan satu program merapatkan ukhwah antara ahli keluarga PAS dengan media tempatan.

Program yang dirancang untuk diadakan pada 28 Januari 2012 bertempat di Dewan Utama  MDPP bermula pada jam 2.00 petang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Pada majlis yang sama juga, bantuan input pertanian akan disampaikan kepada penerima.

Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, YB Drs. Hj. Zainuddin Ag. Hamat berkata agenda dalam program tersebut akan lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli PAS dan secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi jalinan rakyat tempatan bersama Sinar Harian yang merupakan akhbar tempatan terlaris.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan program ini di samping peluang untuk memenangi 100 cabutan bertuah. Selain itu antara acara lain yang akan memeriahkan lagi program tersebut adalah seperti persembahan dikir barat oleh Jen Endoro, konvoi remaja berbasikal fixer, persembahan Muay Thai, Seni Silat dan lain-lain lagi. Jamuan rakyat juga turut diadakan pada hari tersebut.

Tags: ,

BBC lawat keluarga mangsa dihanyutkan arus Sungai Betis

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 23rd, 2012 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

GUA MUSANG – Kelab penyokong Kerajaan Negeri Kelantan (BBC) mengunjungi dua keluarga mangsa kejadian hilang dihanyutkan arus Sungai Betis. Rombongan diketuai oleh ADUN Limbongan YB Drs, Zainuddin Ag. Hamat yang merupakan Timb. Presiden BBC  mewakili YAB Menteri Besar Kelantan yang turut sama bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua-dua keluarga itu.

Gambar 1: Di sinilah pertemuan dua Kuala Sungai yang menyebabkan air berpusar kuat

Dalam kejadian jam 4.30 pagi 18 Jan lalu, Mohammad Ali Abdul Wahab, 26, hilang dihanyutkan arus deras selepas terjun di pertemuan dua sungai iaitu Kuala Sg. Betis dan Kuala Sg. Brooke (belakang rumah mangsa) ketika dikejar polis.

Bapa mangsa Abd Wahab Mat Diah, 67 ketika menceritakan keadaan sebenar setelah ditanya oleh Drs. Zainuddin menyatakan rasa terharu dengan kehilangan anaknya itu. Beliau hanya mampu berserah dan kejadian ini adalah satu panggilan yang tepat dari Allah SWT.

Namun beliau juga menyatakan rasa terkilan dengan tindakan pihak polis yang bertindak tidak mengikut prosedur. Beliau selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung menyatakan pihak polis tidak sepatutnya bertindak sedemikian. “Orang kampung ini ramai, kalau pihak polis memerlukan bantuan kami sentiasa sedia bersama membantu”  kata Abd Wahab.

Kejadian pecah masuk oleh pihak polis yang berlaku dirumah beliau itu amat mengejutkan lebih-lebih lagi pada waktu itu mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur. “Beberapa anggota polis menendang pintu rumah saya dan masuk dengan tanpa buka kasut dan mengotorkan rumah saya dengan selut (lumpur) tanpa sebarang pertanyaan terus mengejar anak saya itu” ujar beliau lagi.

Gambar 2: Abd Wahab sedang menunjukkan tempat yang anaknya (mangsa) terjun

Lebih mengecewakan lagi apabila pihak polis yang mengejar mangsa itu terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa memberitahu keluarga mangsa sehingga petang esoknya barulah keluarga mangsa mendapat tahu keadaan yang sebenar. “Pihak polis nampak anak saya terjun di sungai yang berarus deras pada ketika itu, tapi langsung tidak memberitahu kami. Inilah yang saya amat kesali” tambah Abd Wahab lagi.

Dalam kejadian kedua pula yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang ketika Mohd Asmawi Mohd Nasir, 16 terjun ke Sungai Betis untuk mandi tidak jauh dari tempat mangsa pertama hilang, namun dalam keadaan arus sungai yang deras itu terus dihanyutkan sebelum hilang dibawa arus.

Gambar 3: Zainuddin mengimamkan Solat Hajat di rumah keluarga mangsa

Sehingga kini sudah lima hari mangsa masih belum dijumpai. Pertemuan dua kuala sungai yang berarus deras itu menhyebabkan air berpusar dengan kuat di bahagian tengah. Orang ramai masih berkampung ditepi kuala sungai membantu anggota pasukan penyelamat yang bertugas sambil terus berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan mencari mangsa.

Kunjungan BBC antara lain mengadakan Solat Hajat yang diimamkan sendiri oleh Drs. Zainuddin di rumah keluarga mangsa.  Rombongan yang juga turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Gua Musang bersama Timb. Ketua Pemuda  serta  Setiausaha Penyelia DUN Nenggiri antara lain memberi sumbangan untuk pihak keluarga mengadakan tahlil dan doa selamat untuk terus memohon pertolongan Allah sehingga kedua-dua mangsa ditemui.

Tags: , ,

Gotong-royong Bersihkan Jambatan Sg. Kelong

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 18th, 2012 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

SG. KELONG, 17 Jan – Kehadiran kakitangan dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan pagi ini mencapai maltlamat untuk bekerjasama membersihkan sampah-sarap yang tersangkut di Jambatan Sg. Kelong akibat dari arus deras di musim tengkujuh ini.

Foto 1: ADUN Limbongan bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan sedang memerhatikan sampah-sarap yang dibawa arus deras tersangkut di kaki jambatan

ADUN Limbongan menyatakan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat menyelesaikan masalah rakyat ini dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Melihat kepada struktur jambatan yang sudah berumur lebih kurang 35 tahun ini, satu kata sepakat telah diambil bagi memberi jaminan keselamatan dan penyelenggaraan pada masa-masa akan datang oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Ketua Jajahan Pasir Puteh, Hj. Nazran yang juga turut sama dalam program tersebut.

Foto-foto lain:

1. Bersama Ketua Jajahan dan pegawai-pegawai                                    2. Keadaan jambatan selepas gotong-royong

Tags: ,

JOM ke Himpunan Anak Kelantan di Perantauan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 24th, 2011 in Makluman No Comments

Tags:

Program EXPO Ambang Ramadhan Bersama Anak Perantau

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 14th, 2011 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Makluman No Comments

PASIR PUTEH, 14 Julai – Bulan Ramadhan bukan bulan rehat, oleh itu YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan akan mengadakan program khas bersama anak-anak Kelantan di perantauan seluruh negara di Expo Ambang Ramadhan pada 30 Julai 2011 bertempat di Masjid Terapung Puchong Perdana , Selangor.

ADUN Limbongan merangkap Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh menjemput anak-anak Kelantan di Perantauan yang berasal dari Pasir Puteh agar datang beramai-ramai ke khemah Parlimen Pasir Puteh.

Objektif program ini sebagai kesinambungan membina mahabbah antara rakyat Kelantan di luar negeri dengan pimpinan Kerajaan yang sentiasa diadakan setiap tahun.

Tentiatif program bermula Solat Zohor berjemaah di Masjid Terapung sehingga jam 11.00 malam yang berakhir dengan ceramah oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Program selingan adalah Expo oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti SEDC, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ladang Rakyat, Kifaalah Sdn. Bhd. Ladang Sungai Terah dan lain-lain. Selain itu pertunjukan seni budaya Kelantan, sukaneka dan sukan belia juga akan diadakan.

Dengan program yang dibuat sebelum Ramadhan adalah untuk menyemarakkan ramadhan sebagai bulan ibadah bulan kerja. Oleh itu Kelantan yang pesat membangun Bersama Islam berkonsepkan Negeri Berkebajikan sentiasa mendepani masa depan rakyat secara berhemah dan mesra. Kami mengharapkan warga dari Parlimen Pasir Puteh bersama anak dan isteri dapat mengimarahkan majlis ini.

Seluruh pimpinan MTD Limbongan mengucapkan selamat menyambu Ramadhan Al-Mubarak 1432 H dengan sempurna. Selamat Datang ke Expo Ambang Ramadhan bersama Anak Perantau.

p/s: Sebarang Maklumat mengenai Expo ini boleh dihubungi melalui talian ADUN: 0139237685, 0199009953, 0199009957, 0179005009, 0139791033, 0199133272, 0199128472

Tags:

Taklimat Skim Takaful Khairatul Ummah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 30th, 2011 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

WAKAF BERANGAN, 30 Jun – Satu taklimat mengenai skim terbaru yang diperkenalkan oleh Kifaalah Sdn. Bhd. telah diadakan di sini yang dihadiri oleh Ahli-ahli MTD DUN Limbongan.

Skim yang dinamakan Takaful Khairatul Ummah adalah produk skim takaful berbayar yang terbaru ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd.Skim ini terbuka untuk seluruh rakyat kelantan yang berumur 18 tahun ke 59 tahun.

Maklumat Takaful Khairatul Ummah;

Caruman : RM30 setiap tahun

Syarat Penyertaan :

I.  Rakyat Kelantan sahaja
II. Lelaki dan wanita berumur dari 18 tahun sehingga 59 tahun

Faedah keahlian:

I.   Khairat kematian sebanyak RM3000.00
II.  Badal Haji (upah haji) sebanyak RM2000.00
III. Ahli secara automatik akan berdaftar dengan Takaful Kifaalah Skim Warga Emas secara PERCUMA selepas berumur 60 tahun.

Cara Mendaftar:

1. Dapatkan borang pendaftaran Takaful Khairatul Ummah dari penghulu kampung/mukim anda.
2. Sediakan salinan fotostat kad pengenalan diri dan wasi
3. Isi borang maklumat diri dan wasi di dalam borang Takaful Khairatul Ummah
4. Serahkan borang yang telah diisi beserta yuran pendaftaran peserta sebanyak RM30 kepada penghulu kampung/mukim anda.

Sila hubungi Kifaalah Sdn Bhd;

KIFAALAH SDN BHD
LOT 334, TINGKAT 1, JLN SULTAN YAHYA PETRA, LUNDANG
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

Telefon : 09-747 7667  Faks: 09-747  6767

Tags: