Tarikh: 30 April 2011

Tempat: Dewan Taman Rehlah, Dalam Rhu


KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN AJK 2011-2012


Yang DiPertua: Yb. Dr. Nik Mazian Nik Mat

Timbalan Yang DiPertua: Yuganu Yunus

Naib Yang DiPertua: Yb. Wan Hassan Wan Ibrahim

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Nor Ismail, Tuan Sharifuddin Tuan Ismail, Abdul Halim Mohd, Al Azmi Hassan, Nik Yussuf Nik Abdullah, Che Bisi Hassan,

Yb. Saiful Bahrain Mohd, Wan Leh Wan Dollah,Mohd Saupi Abdul Latif, Tuan Mazlan Tuan Mat,Zaizani Azahari,

Mohd Judin Samat, Ghazali Rashid, Helmi Mahmood, Che Awang Ismail, Mahmood Jaafar


PERBAHASAN USUL

1. Usul Pendidikan:

Mendesak agar Kementerian Pelajaran Tinggi memberikan sokongan sepenuhnya dan pertimbangkan serta kelulusan segera terhadap permohonan untuk menaik taraf status Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri kepada status Kolej Universiti.

2. Usul Ekonomi:

Mendesak Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengambil tindakan sewajarnya ke atas Petronas bagi memastikan bayaran royalti yang sebelum ini dinafikan dikembalikan dan dibayar semula kepada rakyat Kelantan tanpa campur tangan dari pihak Kerajaan Persekutuan.

3. Usul Agama:

Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaanmenyatakan pendirian dan sikap sebenarberhubung penularan budaya fitnah seks tanpa bukti melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mendesak Jabatan Kehakiman Syariah atau Mahkamah Syariah memulakan tindakan Jenayah Qazaf terhadap pelaku (fitnah) bagi membendung budaya jijik ini dari terus bermaharajlela.

4. Usul Pemantapan Jemaah ke arah Persiapan Menghadapi PRU ke 13:

Meminta semua ahli bermula dari kepimpinan tertinggi sehinggalah penyokong diperingkat akar umbi sentiasa memastikan wehdatul fikri dan wehdatul amal menjadi teras dalam setiap gerak kerja bagi mengekalkan kemenangan 5-0 di Pasir Puteh sebagaimana pencapaian dalam PRU ke 12 pada 2008 yang lalu.

Usul yang diterima tanpa bahas:

Dewan Pemuda mendesak pihak kerajaan melalui Yayasan Islam Kelantan supaya menyegerakan projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi yang tertangguh sejak 2008.


SELAMAT BERJAYA KEPADA AJK YANG DILANTIK, SEMOGA DAPAT MEMIKUL AMANAH DEMI TERUS MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, ALLAHUAKBAR!!!

Tags: , , ,

InsyaAllah bekalan air pulih

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on April 6th, 2011 in DUN Limbongan, Isu Semasa, Lawatan 18 Comments

PASIR PUTEH, 6 April – Rungutan tentang masalah air oleh pengguna termasuk peniaga RO Water dan Kiub Ais, Nazri dalam media sebelum ini  di pasir puteh mendapat perhatian dan kerjasama daripada ADUN Limbongan.

Apabila kegawatan yang berterusan menjadikan seolah-olah air yang menjadi kegunaan harian masyarakat bertambah serius sehingga banyak putaran kehidupan masyarakat di kawasan bandar terbantut maka aduan tersebut telah diambil kira oleh ADUN Limbongan mengangkat aduan kepada sektor-sektor yang berkenaan seperti Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Exco Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar juga.

Pagi ini Nazri Ais telah menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar untuk mendapat respon yang positif di atas apa yang dialami dan aduan dari masyarakat sekitar bersama ADUN Limbongan dan telah mendapat persetujuan dari Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuat tinjauan bersama MB tentang masalah ini.

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz hadir ke Muka Sauk Loji Wakaf Bunut sebagai dorongan kepada kakitangan AKSB supaya mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Beliau memaklumkan bawah Kelantan sudah 15 tahun tertinggal tidak mendapat pinjaman mudah dari kerajaan persekutuan sedangkan negeri-negeri lain diberikan geran (pinjaman tanpa bayaran balik). Walaubagaimanapun wang yang diberi pinjaman sebanyak RM600 juta itu diagihkan dan dijalankan kepada syarikat-syarikat yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sewaktu lawatan ini pihak kontraktor sedang menyelanggara untuk membetung besi bagi menakung air di muka sauk loji ini dan insyaAllah dengan langkah ini akan meningkatkan paras air untuk masuk ke muka sauk loji. YAB MB mengharapkan bahawa AKSB membina telaga jejari dalam sungai berhampiran muka sauk agar segera mungkin terutama di musim ini dalam cuaca yanga amat baik.

Sebahagian besar penduduk yang hadir sama dalam lawatan ini amat berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh pimpinan dari Kerajaan Negeri secara serius dan terima kasih juga kepada tuan tanah berhampiran muka sauk loji yang berkerjasama bagi mengatasai masalah air yang kian menghantui masyarakat di sini.

Tuan Guru juga amat berterima kasih dengan aduan dan keluhan Nazri Ais yang membolehkan langkah segera di dijalankan dengan serta-merta.

Tags: ,

MAIN WAYANG!

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 13th, 2011 in DUN Limbongan, Isu Semasa No Comments

PADANG PAK AMAT, 13 Mac – BN (Beras Nasional @ Bernas) merupakan satu syarikat GLC Kerajaan Persekutuan dulu dikenali sebagai Lembaga Padi dan Beras Nergara macam CIMB sekarang ni yang dulunya Bank Bumiputra tukar kepada Bank Commerce akhirnya songlap jadi CIMB kepunyaan adik Perdana Menteri sekarang ini orang yang berada dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia.

Pimpinan Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk perbincangan sebarang isu

Demonstrasi atau tunjuk rasa tidak puas  hati kerana BN membuat potongan terhadap timbangan padi petani lebih dari 24% sedangan menjadi  persoalan kenapa petani yg menjual ke pihak swasta hanya memotong kurang dari 20%.

BN ini ditubuh untuk menolong para petani sepatutunya penindasan sudah tidak berlaku kerana slogan “rakyat didahulukan” sedangkan macam-macam subsidi para petani dibuat dan baja pun boleh disekat kepada rakyat yang menyokong Kerajaan Negeri Kelantan.

Di mana wajarnya BN ini tidak boleh menjadi lubuk kebajikan kepada petani. Disinilah rakyat mempersoalkan apakah betul  tunjuk perasaaan ini atau hanya bermain wayang kerana untuk membangkit emosi rakyat supaya hanya bela rakyat adalah UMNO-BN saja dengan mencipta krisis potongan padi ini. Di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Selangor potongan Bernas terhadap jualan padi petani amat rendah yang menyebabkan tiada penyelarasan antara negeri-negeri.

“ Kami menentang penindasan Bernas terhadap petani” – Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Jajahan Pasir Puteh

Pandangan ADUN Limbongan mengatasi masalah ini: Mudah saja, Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia supaya bernas menjadi lubuk kebajikan rakyat, undilah PR pada PRU nanti.

Berilah keyakinan, undilah PR di PRU13, terbukti 4 buah negeri memerintah (Kelantan, Selangor, Kedah & Pulau Pinang) mampu memberi kebajikan kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Tags: , , ,

Dialog Cakna Air pimpinan bersama AKSB

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on March 9th, 2011 in DUN Limbongan, Isu Semasa No Comments

WAKAF BERANGAN, 9 Mac – Satu sesi dialog antara pimpinan DUN Limbongan bersama Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. telah diadakan di Dewan Majidiah pagi ini bagi membincangkan masalah semasa berkaitan dengan bekalan air di DUN ini.

-Penghulu Mukim sedang menyuarakan aduan masalah bekalan air setempat

Antara tetamu yang hadir dalam dialog ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Ir. Mustapha Salleh, Pengurus Besar AKSB Mohd Suhaimi Mohd Jusoh dan beberapa orang kakitangan dari AKSB dan PMBK. ADUN Limbongan hadir bersama Penghulu-penghulu Mukim sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu bagi membincangkan isu bekalan air di DUN ini yang saban hari menjadi masalah utama lebih-lebih lagi ianya menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat setempat.

Dalam ucapan aluan Ir. Mustapha Salleh menerangkan bahawa punca utama masalah yang berlaku adalah berikutan kelodak pasir yang terlekat di muka sauk di Loji Rawatan Air Wakaf Bunut berikutan hujan lebat yang melanda daerah ini pada tiap-tiap musim tengkujuh yang menyebabkan proses rawatan air tergendala pada musim kemarau. Beliau berharap kerja-kerja pembersihan muka sauk yang sedang dilakukan dari masa ke semasa akan dapat membantu meningkatkan kualiti pembekalan air bersih kepada pengguna.

Di samping itu pihak AKSB juga membuka peluang kepada pimpinan setempat untuk melaporkan segala masalah yang menjejaskan pembekalan air di DUN ini. Antara tindakan segera yang disarankan adalah dengan menyenaraikan kawasan-kawasan yang memerlukan tangki statik yang mampu mengelakkan putusnya bekalan air untuk kegunaan harian. Pihak AKSB akan membekalkan tangki statik di kawasan terbabit dengan kadar segera berdasarkan butiran laporan dari pihak pimpinan. Sebarang aduan juga boleh disuarakan di talian hotline AKSB 1-300-88-2572.

ADUN Limbongan amat-amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar dapat mengatasi masalah rutin ini sebaik mungkin. Beliau juga memuji tindakan PMBK dan AKSB yang turun ke DUN mendengar masalah dari pimpinan setempat dan mengambil tindakan segera ke atas aduan yang disuarakan.

Tags: , , ,

KEPUTUSAN PRK N05 DUN TENANG

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 31st, 2011 in Isu Semasa No Comments

KESELURUHAN

BN: 6699

PAS: 2992

MAJORITI: 3707

(BN) Kampung Redong – BN MENANG! BN: 462 PAS: 105

Pekan Ayer Panas – BN MENANG! BN: 451 PAS: 83

Ladang Labis Utara – BN MENANG! BN: 152 PAS: 40

Bandar Labis Timor – BN MENANG! BN: 669 PAS: 632

Bandar Labis Tengah – PAS MENANG BN: 365 PAS: 851

Labis – BN MENANG! BN: 380 PAS: 337

Felda Tenang – BN MENANG! BN: 955 PAS: 160

Sawah Bahru – BN MENANG! BN: 212 PAS: 55

Tenang Station – BN MENANG! BN: 744 PAS: 352

Ladang Bukit Dato – BN MENANG! BN: 351 PAS: 99

Chemplak Barat – BN MENANG! BN: 838 PAS: 142

Chemplak – BN MENANG! BN: 985 PAS: 135

Undi POS: BN MENANG! BN: 115 PAS: 3

Undi Rosak: 86 Keluar mengundi: 71.71%

SENANG CERITA, BN MENANG!!!

Tags: , ,

PASIR PUTEH, 27 November – Sempena 50 Tahun usia Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, satu Majlis Jubli Emas yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood disambut meriah oleh masyarakat tempatan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh rombongan tetamu khas dari China yang telah bersama-sama menjayakan Ekspo Cheng Ho 21-26 November lalu. ADUN Limbongan selaku ketua dalam rombongan ini dalam ulasan beliau mengenai dialog bersama jemaah setempat menyatakan bahawa dakwah Islamiah tidak menspesifikkan kepada halangan namun Islam itu mudah jika difahami dan dihayati dengan sepenuhnya.

Beliau menyatakan demikian setelah ditanya mengenai seorang jurubahasa sukarelawan yang tidak beragama Islam dibawa masuk ke rumah Allah untuk terjemahan bahasa Cina ke bahasa Melayu. “Meskipun tidak menutup aurat sepenuhnya (ketika di dalam masjid), kita telah mampu menyebarkan Islam secara tidak langsung kepada jurubahasa tersebut apabila beliau menterjemahkan ucapan tetamu dari China itu yang kandungannya adalah huraian dari firman Allah dalam Al-Quran” ujar Zainuddin lagi.

Sambutan Jubli Emas ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertandingan acara dalam dan luar dewan. Antaranya adalah Pentandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan dan pelbagai Sukan Rakyat seperti dam(haji), Karom, Ping pong dan lain-lain lagi.

Selain itu, Drs. Hj. Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada AJK Masjid Ibrahimi yang telah menganjurkan sambutan ini dan telah mendekatkan masyarakat kepada masjid tentang fungsinya terutama untuk golongan belia.

Galeri Foto:

1. Pertandingan acara dalam dan luar dewan sempena sambutan

Tags: , ,