Konvensyen PR di Kedah Melangkah ke Putrajaya

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 18th, 2012 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat No Comments

ALOR STAR, 14 Jan – Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Jalan Suka Menanti, Alor Star sewajarnya ditakuti dan dibimbangi oleh UBN.

Bukan mengenai beberapa resolusi yang diputuskan ataupun janji-janji dan ikrar pimpinan Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan seperti penghapusan tol, pelupusan pinjaman wang PTPTN, bantuan untuk warganegara emas, pembatalan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ataupun seribu macam janji lagi, tetapi kebanjiran manusia pada malam ceramah itu yang luar biasa adalah satu permulaan baru untuk PR mengorak langkah terus ke Putrajaya.

Fenomena ini berlaku apabila pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes liwat selesai. Pembebasan Anwar itu disambut oleh rakyat sebagai satu kejayaan di mana doa dan harapan mereka selama ini yang menganggap Anwar dianiaya dan fitnah direstui Allah.

Sebelum konvensyen itu serangan atau road show ceramah PR yang diadakan di seluruh kawasan parlimen malam sehari konvensyen itu benar-benar berjaya mengejutkan hati dan perasaan rakyat Kedah. Kesemua kawasan yang diadakan ceramah sambutannya luar biasa antara 3,000 hingga 5,000.

Kalau sebelum ini sukar untuk mengumpul orang seramai itu tetapi ia berubah sebaik saja mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Pasti dan tentunya ledakan semangat dan kobaran azam kini berlaku di Kedah dengan satu nawaitu untuk mengkekalkan Kedah dalam genggaman dan menumbangkan kerajaan UBN di Pusat. Ledakan ini juga dipercayai turut terhimbau ke negeri-negeri lain.

Mereka datang dari dekat dan jauh. Wajah-wajah yang berjalan berderaian dengan anak-anak dan keluarga itu menunjukkan mereka sengaja datang untuk memberi sokongan. Seolah-olah jujutan manusia di sepanjang jalan itu datang tanpa mempedulikan kepada halangan dan sekatan lagi.

Tawaran wang RM500 yang digula-gulakan kepada mereka sedikitpun tidak membekas sedikitpun buat mereka. Mungkin juga rakyat yang menerima baucer RM500 boleh ditukar untuk dijadikan tambang bas atau membeli petrol untuk mendatangi ceramah dan majlis Pakatan Rakyat.

Betapa ramainya yang hadir, sehinggakan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ianya sebagai Arafah. Padang stadium dipenuhi dengan manusia yang mengenakan kopiah putih. Sukar untuk digambarkan berapakah angka sebenarnya tetapi apa yang boleh dinyatakan, kesesakan jalan raya menuju ke stadium sepanjang 3 km di segenap jalan menuju stadium boleh dihisab sendiri. Jumlah kenderaan pula tidak terhitung, motosikal, kereta memenuhi setiap bahu jalan dan jalan-jalan kecil padat sehingga sukar untuk bergerak.

Di Alor Star malam itu sedikit menghairankan kerana polis tidak bertindak seperti biasa. Tidak ada sekatan jalan raya dibuat bagi melengah atau menganggu perjalanan. Hendaknya apa yang ditunjukkan oleh Polis Di Raja (PDRM) Kedah yang yakin dan percaya himpunan melibat Pakatan Rakyat tidak mendatangkan masalah turut sama dipercayai oleh polis di negeri-negeri lain khasnya di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Apa yang boleh disimpulkan dengan kehadiran lebih 35,000 di stadium malam itu ia sudah mula menampakkan rakyat sudah bangun dan bersedia untuk melakukan perubahan. Rakyat sudah tidak sabar untuk menanti saat peti undi PRU ke-13 dibuka untuk mereka menyaksikan PR akan membentuk kerajaan dan UBN akan tumbang

Tags:

Program EXPO Ambang Ramadhan Bersama Anak Perantau

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 14th, 2011 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Makluman No Comments

PASIR PUTEH, 14 Julai – Bulan Ramadhan bukan bulan rehat, oleh itu YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan akan mengadakan program khas bersama anak-anak Kelantan di perantauan seluruh negara di Expo Ambang Ramadhan pada 30 Julai 2011 bertempat di Masjid Terapung Puchong Perdana , Selangor.

ADUN Limbongan merangkap Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh menjemput anak-anak Kelantan di Perantauan yang berasal dari Pasir Puteh agar datang beramai-ramai ke khemah Parlimen Pasir Puteh.

Objektif program ini sebagai kesinambungan membina mahabbah antara rakyat Kelantan di luar negeri dengan pimpinan Kerajaan yang sentiasa diadakan setiap tahun.

Tentiatif program bermula Solat Zohor berjemaah di Masjid Terapung sehingga jam 11.00 malam yang berakhir dengan ceramah oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Program selingan adalah Expo oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti SEDC, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ladang Rakyat, Kifaalah Sdn. Bhd. Ladang Sungai Terah dan lain-lain. Selain itu pertunjukan seni budaya Kelantan, sukaneka dan sukan belia juga akan diadakan.

Dengan program yang dibuat sebelum Ramadhan adalah untuk menyemarakkan ramadhan sebagai bulan ibadah bulan kerja. Oleh itu Kelantan yang pesat membangun Bersama Islam berkonsepkan Negeri Berkebajikan sentiasa mendepani masa depan rakyat secara berhemah dan mesra. Kami mengharapkan warga dari Parlimen Pasir Puteh bersama anak dan isteri dapat mengimarahkan majlis ini.

Seluruh pimpinan MTD Limbongan mengucapkan selamat menyambu Ramadhan Al-Mubarak 1432 H dengan sempurna. Selamat Datang ke Expo Ambang Ramadhan bersama Anak Perantau.

p/s: Sebarang Maklumat mengenai Expo ini boleh dihubungi melalui talian ADUN: 0139237685, 0199009953, 0199009957, 0179005009, 0139791033, 0199133272, 0199128472

Tags:

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan,  bahkan   disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama  berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat  atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya ‘dipakaikan’ baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang ‘berjemput’ siap ‘beruniform’.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah ‘ditawan’ oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Sya’aban 1432
2 Julai 2011

nota : sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;-

02 Julai, 2011 14:28 PM

PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

“Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru,” katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.

– BERNAMA

Tags: ,

Keputusan Penuh Muktamar PAS 2011

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on June 9th, 2011 in Isu Semasa, Makluman No Comments

Berikut senarai penuh Jawatahkuasa kerja pas pusat yang terpilih bagi sesi 2011/2013 :
PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim


TIMBALAN PENGERUSI TETAP


Tuan Haji Hussin Ismail


PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN


1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ – 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, – 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Tags:

MB Ziarah ADUN Limbongan di HPRZII

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 24th, 2011 in DUN Kelantan, DUN Limbongan, Isu Semasa, Makluman 1 Comment

KOTA BHARU, 24 Mei – Menteri Besar Kelantan Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini telah membuat lawatan ke HPRZII untuk menziarahi ADUN Limbongan yang sehingga hari ini masih dirawat di hospital tersebut sejak dimasukkan pada 19 Mei lalu akibat pendarahan usus.

Ini adalah kali yang kedua Tuan Guru menziarahi Drs. Hj. Zainuddin dalam tempoh beliau  mendapat rawatan di sini. Zainuddin yang telah dipindahkan dari Wad CCU ke Wad 10 dua hari lepas kini sedang menjalani rawatan susulan bagi memastikan tahap kesihatan beliau betul-betul pulih sebelum kembali bertugas. Menurut kata Dr. Nur Atiqah, Pegawai Perubatan yang merawat beliau, Zainuddin dijangkakan dapat pulang ke rumah insyaAllah pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Tuan Guru Menteri Besar berpesan agar seluruh warga khasnya  di Limbongan agar tidak perlu risau lagi tentang ketiadaan ADUN  buat sementara waktu ini dan berharap semoga rakyat sekalian akan terus berdoa memohon dari Allah SWT agar Zainuddin akan kembali bertugas seperti biasa dalam keadaan yang sihat seperti sedia kala.

Zainuddin ketika ditanya, menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan agama yang syumul ini dan insyaAllah akan kembali bertugas untuk terus memikul amanah rakyat seawal yang boleh. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak lupa juga kepada semua yang datang menziarahi beliau di sini.

Tags: , , , ,

Respon Tuan Guru Tentang Kematian Osama

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 4th, 2011 in Isu Semasa, Umum No Comments

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, May 3, 2011 at 3:35pm
  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Tags: , ,