GUA MUSANG, 4 Oktober – Menyedari peranan dan fungsi masjid dalam mentadbir kehidupan seharian, Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan satu program melalui Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengimbas peranan masjid di Zaman Rasulullah SAW.
ADUN Limbongan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan mewakili Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan masjid adalah Rumah Allah yang menjadi Jantung Hati untuk umat Islam beribadat.
Menurut beliau lagi, masjid perlu dihias bukan sahaja pada bangunan masjid tersebut tetapi pengisian aktiviti keagamaan mesti di susun dan dikemaskinikan setiap masa.
Antara faktor utama yang boleh membawa ke arah itu adalah penyusunan AJK masjid yang efektif, banyak mengadakan kuliah yang dikendalikan oleh penceramah dari luar dan hebahan juga penting bagi memberitahu informasi dan perkembangan masjid. Sehubungan itu, Drs. Zainuddin telah melancarkan Facebook Masjid TMFP Gua Musang pada majlis tersebut.
Menurut Zainuddin lagi, AJK Masjid perlu mendekatkan diri dengan orang awam terutama golongan belia tidak kira dengan apa cara sekalipun untuk menarik kunjungan jemaah supaya lebih ramai lagi pada masa akan datang.
Pada hari ini, terdapat masjid yang hanya terhad kepada beberapa aktiviti keagamaan sahaja yang menyebabkan kunjungan jemaah yang ramai hanya pada hari-hari kebesaran Islam seperti Solat Jumaat dan Sunat Hari Raya. Disebabkan itu, jemaah lebih gemar untuk beribadat dirumah.
Drs. Zainuddin antara lain dalam ucapan beliau menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Islamik Homestay di perkarangan masjid tersebut sejajar dengan pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan berkonsepkan Islam di Jajahan ini. “Membina masjid tidaklah susah sepertimana memakmurkannya juga”, ujar Drs. Zainuddin lagi.
Tags: Facebook Masjid, Kerajaan Negeri Kelantan, Masjid Gua Musang, N45 Galas, Pelancongan dan Kebudayaan
Unit ICT DUN Limbongan akan menyediakan kemudahan kepada para pengunjung di Restoran The Garden di Cabang 3 Kamil untuk membuat semakan daftar pemilih secara online pada malam Perlawanan Akhir FIFA 2010, bermula jam dari jam 9 malam 11 Julai 2010 sehingga 5 pagi keesokkan harinya.
Tiga unit komputer peribadi akan disediakan untuk pelanggan di restoran ini khususnya kepada penonton siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Pelanggan yang sudah berdaftar secara sah dengan SPR sebelum ini boleh terus membuat cetakan rekod keterangan sebagai simpanan peribadi.
Khidmat secara layan diri dengan dibantu oleh seorang petugas khas, pelanggan juga boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang ringkas mengenai keterangan peribadi. Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat DUN Limbongan seterusnya akan membantu membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Dalam pada itu Pengurus The Garden Cafe, Suhaimi Said mengalu-alukan kedatangan pelanggan memeriahkan lagi suasana Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Dunia 2010 di sini sambil menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan yang sentiasa cakna pada isu semasa.
ADUN Limbongan ketika ditemui sedang minum petang di sini menyatakan bahawa kemudahan ini perlu disediakan bukan sahaja pada malam sempena siaran langsung perlawanan akhir bolasepak ini sahaja, malah ianya perlu ada sepanjang masa kerana tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar adalah penting bagi rakyat dalam menentukan masa depan negara. Tambahan lagi, masih ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih yang sah di DUN Limbongan ini terutama golongan muda.
Galeri foto oleh wanribu:
Tags: Cabang tiga kamil, Daftar Pemilih, PRU13 DUN Limbongan, The Garden Cafe, Unit ICT DUN
PASIR PUTEH, 12 Jun – Masalah kesihatan yang masih belum stabil bukan menjadi alasan ADUN Limbongan untuk meneruskan perjuangan. Walaupun tidak dapat hadir untuk Muktamar PAS 56 di PUTIK, beliau tetap aktif berhujah memberikan idea-idea bernas dasar pemerintahan berkonsepkan Islam di Facebook.
Beliau mencadangkan agar dapat membanyakkan lagi wacana ilmu pentadbiran sebagai kerajaan alternatif dalam pemerintahan baru PR. Susun atur pentadbiran mestilah bermula dari sekarang supaya rakyat akan lebih yakin dengan akauntabiliti, kredibiliti dan integriti pimpinan PR dalam meraih kemenangan di PRU 13 nanti.
Beliau juga berbicara mengenai ekonomi yang berkonsepkan Ummah berteraskan keadilan pendapatan isi rumah secara sejahtera mengikut merit dan peluang taburan pembangunan agar dikecapi secara adil. Hutang rakyat dihapus, istilah subsidi dilebur, wujudkan Dana Kebajikan Rakyat (DKR).
Menurut beliau lagi, banyak teori yang dapat dijadikan panduan seperti mana huraian dalam Al-Quran oleh para ulamak seperti karangan Yusuf Qardawi tentang hubungan muslim dengan non-muslim dan buku Model Ekonomi Omar Al-Khattab.
Selain itu Model Ekonomi Mikra (MEM) juga patut dipraktikkan bagi peniaga-peniaga marhean seperti yang diamalkan di KB-BRI sehingga para peniaga seterusnya berjaya membeli gedung perniagaan berharga ratusan ribu ringgit di Wakaf Che Weh Zon Ekonomi BaruMPKB.
Tags: Adun Limbongan, ekonomi islam, facebook limbongan, muktamar56

Serius mengikuti satu persatu bagaimana perkembangan teknologi maklumat ICT dapat dibina dan membina minda yang boleh mewujudkan seseorang itu ada kredibiliti, akauntabiliti dan integriti.
Tidak mahu ketinggalan perkembangan teknologi ICT, Adun Limbongan mengambil kesempatan ketika menghadiri lawatan ke persidangan Parlimen bersama rombongan Speaker DUN Kelantan, belajar bagaimana sesebuah laman web dibangun dan dikemaskini untuk paparan para pelayar web.
Sedikit sebanyak beliau memahami bagaimana sesebuah laman web itu beroperasi dan memahami tugas seorang webmaster untuk mengemaskini laman web.
Tags: Adun Limbongan, Caption, Parlimen