Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Yaakubiah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 17th, 2012 in DUN Limbongan No Comments

TOK AJAM, 14 Disember – Satu Majlis Perletakan Batu Asas sempena pembinaan semula Madrasah Yaakubiah yang telah dibina di atas tanah wakaf seluas lebih kurang 1 ekar di sini telah dirasmikan oleh ADUN Limbongan. Majlis ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang AJK MTD Limbongan, AJK Madrasah, dan orang tempatan.

Menurut ADUN Limbongan yang juga selaku Penasihat AJK Masjid Yaakubiah, pelbagai program telah diatur bagi memastikan pembinaan masjid tersebut berjalan lancar. Antaranya adalah dengan mengadakan Kuliah Pagi Jumaat pada setiap minggu. “Kita telah merasmikan program kuliah pagi Jumaat pada hari ini dan berharap agar program ini berterusan sampai bila-bila” kata Drs Zainuddin.

 

Pada 21 Disember ini akan diadakan satu program bermula dari Kuliah Maghrib di Madrasah Pak Cu Pak Da di Jelor, kemudiannya Qiamullail di Madrasah Yaakubiah serta Kuliah Jumaat minggu kedua. Muslimin dan muslimat dijemput hadir menjayakan program tersebut disamping menghulurkan sumbangan bagi menyiapkan Masjid Yaakubiah Kg. Tok Ajam ini.

 

 

Gotong-royong Bersihkan Jambatan Sg. Kelong

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 18th, 2012 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

SG. KELONG, 17 Jan – Kehadiran kakitangan dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan pagi ini mencapai maltlamat untuk bekerjasama membersihkan sampah-sarap yang tersangkut di Jambatan Sg. Kelong akibat dari arus deras di musim tengkujuh ini.

Foto 1: ADUN Limbongan bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan sedang memerhatikan sampah-sarap yang dibawa arus deras tersangkut di kaki jambatan

ADUN Limbongan menyatakan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat menyelesaikan masalah rakyat ini dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Melihat kepada struktur jambatan yang sudah berumur lebih kurang 35 tahun ini, satu kata sepakat telah diambil bagi memberi jaminan keselamatan dan penyelenggaraan pada masa-masa akan datang oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Ketua Jajahan Pasir Puteh, Hj. Nazran yang juga turut sama dalam program tersebut.

Foto-foto lain:

1. Bersama Ketua Jajahan dan pegawai-pegawai                                    2. Keadaan jambatan selepas gotong-royong

Tags: ,

Banjir Mengejut di Pasir Puteh

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 1st, 2012 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 1 Jan – Hujan lebat sejak semalam tanpa henti mengakibatkan banjir mengejut di kebanyakkan tempat di seluruh Pasir Puteh hari ini. Sehingga tengah hari ini seramai 70 orang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan di SK Kg. Nara

Berikut adalah gambar-gambar lawatan ADUN Limbongan ke kawasan yang dinaiki air hari ini:

Lagi gambar banjir di: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.305302159509054.69439.100000878186654&type=1

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ijtimak Tarbawi Pilihanraya yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini membuktikan PAS sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRU 13. Acara yang berlannsung selama sehari ini dihadiri oleh seluruh pimpinan dan wakil dari segenap kawasan.

Semangat perjuangan untuk mempertahankan Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan PAS sentiasa dalam fikrah dan tindakan Ahli-ahli PAS di semua perigkat. Amanat YAB Mursyidul Am PAS  Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz, teguhkan jemaah dan teruskan jihad. Kertas panduan tarbiyaah oleh pengarah tarbiyyah dan perkaderan PAS pusat, peranan tarbiyyah kepada petugas pilihanraya. Sementara itu kertas 2 pula dibentang oleh  YB Ust Abd Halim Abd. Rahman Bendahari PAS Pusat tentang Jihad dan penghayatannya dalam bertekad memenagi PRU 13.

Program diakhiri dengan amanat Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menekankan kesepaduan fikrah dan amal jama’ie dalam menghadapi PRU 13 memberi momentum baru ke arah memrealisasikan konsep hijrah sebagaimana di dalam pengajaran sirah Rasulullah SAW.

Tags:

Misi Lajnah Kebajikan PAS Pasir Puteh tangani mangsa banjir

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 25th, 2011 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 24 Nov – Prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir di kawasan ini, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pasir Puteh telah membuat rondaan dan lawatan rumah ke rumah petang ini.

ADUN Limbongan dan Timb. YDP PAS Kawasan Pasir Puteh guna sampan untuk mengagihkan bantuan makanan

Sepuluh buah rumah yang mengharungi masalah banjir di sini mendapat bantuan makanan yang disampaikan oleh ADUN Limbongan yang juga merupakan Setiusaha PAS Kawasan Pasir Puteh. Turut sama dalam lawatan ini adalah Timb. YDP En. Yuganu Yunus, Pen Setiausaha dan Penghulu Mukim Pengkalan. Menurut kata Penghulu Zulkifli Idris, semua mangsa di kawasan tersebut sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga bimbang kerana besar kemungkinan air naik ke paras lebih tinggi.

Drs. Zainuddin Awg Hamat ketika ditemubual mengenai isu air yang tidak lenyap sepanjang tahun ini menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan yang terbaik bagi menanganinya. Beliau juga berharap AKSB akan menjalankan penambahbaikkan secara berterusan demi menjaga kualiti hidup rakyat.

Rumah Awang ranap dibahagian belakang

Beliau juga sempat merakamkan rasa simpati dengn nasib yang menimpa Awang Bin Mat Husin kerana rumahnya di Kg. Jelor Kecil ditimpa sebatang pokok besar akibat dari kejadian ribut malam 23 Nov lalu. Bantuan segera membaiki rumah beliau melalui Bantuan Tabung Serambi Mekah dihulur bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung.

“Saya berharap semoga seluruh warga Pasir Puteh sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam hidup dan mohon keberkatan dari Allah SWT dalam apa jua masalah yang dihadapi sama ada berjaya ditangani atau sebaliknya. Presiden Thailand, Yingluck juga mengaku kalah dan hanya berserah kepada tuhan apabila Kota Bangkok ditenggelami air , inikan pula kita sebagai mukmin seharusnya lebih dari itu” kata Drs. Zainuddin.

Tags: , ,

Berbuka puasa di rumah ADUN

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 23rd, 2011 in DUN Limbongan No Comments

KG. SRI AMAN, 18 Ogos – ADUN Limbongan hari ini menganjurkan satu majlis berbuka puasa di kediaman  beliau di sini bersama rakyat.

Acara bermula dengan tahlil di perkarangan rumah beliau sebelum berbuka puasa.

ADUN Limbongan menyatakan tujuan majlis yang tidak rasmi ini diadakan juga kerana untuk mengucapkan rasa syukur kerana Allah SWT telah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat hingga ke hari ini.

Tags: ,