Jamuan Laksa dan Kutipan Derma KRT Kamil

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 25th, 2012 in Umum No Comments

JLN KAMIL, 24 Dis | ADUN Limbongan tengah hari ini menghadiri satu program yang telah dianjurkan oleh KRT Kamil di Jalan Sekolah Kamil. Rombongan bersama Penghulu Mukim Alor Pasir, Wan Mustaqim Wan Muhammad disambut mesra oleh AJK KRT Kamil.

Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan sepanjang hari yang menarik ramai penduduk setempat untuk hadir memeriahkan majlis sambil memberi sumbangan untuk tabung kebajikan KRT. Antaranya pameran dari AADK, Khidmat dari Klinik Kesihatan Pasir Puteh dan lain-lain.

MTD Limbongan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada seluruh AJK KRT Kamil.

Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Yaakubiah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 17th, 2012 in DUN Limbongan No Comments

TOK AJAM, 14 Disember – Satu Majlis Perletakan Batu Asas sempena pembinaan semula Madrasah Yaakubiah yang telah dibina di atas tanah wakaf seluas lebih kurang 1 ekar di sini telah dirasmikan oleh ADUN Limbongan. Majlis ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang AJK MTD Limbongan, AJK Madrasah, dan orang tempatan.

Menurut ADUN Limbongan yang juga selaku Penasihat AJK Masjid Yaakubiah, pelbagai program telah diatur bagi memastikan pembinaan masjid tersebut berjalan lancar. Antaranya adalah dengan mengadakan Kuliah Pagi Jumaat pada setiap minggu. “Kita telah merasmikan program kuliah pagi Jumaat pada hari ini dan berharap agar program ini berterusan sampai bila-bila” kata Drs Zainuddin.

 

Pada 21 Disember ini akan diadakan satu program bermula dari Kuliah Maghrib di Madrasah Pak Cu Pak Da di Jelor, kemudiannya Qiamullail di Madrasah Yaakubiah serta Kuliah Jumaat minggu kedua. Muslimin dan muslimat dijemput hadir menjayakan program tersebut disamping menghulurkan sumbangan bagi menyiapkan Masjid Yaakubiah Kg. Tok Ajam ini.