Program Komuniti PAS bersama Sinar Harian

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 27th, 2012 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

PASIR PUTEH – Jawatankuasa PAS Kawasan Pasir Puteh bersama para wartawan dan pengurusan Sinar Harian Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan satu program merapatkan ukhwah antara ahli keluarga PAS dengan media tempatan.

Program yang dirancang untuk diadakan pada 28 Januari 2012 bertempat di Dewan Utama  MDPP bermula pada jam 2.00 petang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Pada majlis yang sama juga, bantuan input pertanian akan disampaikan kepada penerima.

Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, YB Drs. Hj. Zainuddin Ag. Hamat berkata agenda dalam program tersebut akan lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli PAS dan secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi jalinan rakyat tempatan bersama Sinar Harian yang merupakan akhbar tempatan terlaris.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan program ini di samping peluang untuk memenangi 100 cabutan bertuah. Selain itu antara acara lain yang akan memeriahkan lagi program tersebut adalah seperti persembahan dikir barat oleh Jen Endoro, konvoi remaja berbasikal fixer, persembahan Muay Thai, Seni Silat dan lain-lain lagi. Jamuan rakyat juga turut diadakan pada hari tersebut.

Tags: ,

BBC lawat keluarga mangsa dihanyutkan arus Sungai Betis

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 23rd, 2012 in DUN Kelantan, Makluman No Comments

GUA MUSANG – Kelab penyokong Kerajaan Negeri Kelantan (BBC) mengunjungi dua keluarga mangsa kejadian hilang dihanyutkan arus Sungai Betis. Rombongan diketuai oleh ADUN Limbongan YB Drs, Zainuddin Ag. Hamat yang merupakan Timb. Presiden BBC  mewakili YAB Menteri Besar Kelantan yang turut sama bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua-dua keluarga itu.

Gambar 1: Di sinilah pertemuan dua Kuala Sungai yang menyebabkan air berpusar kuat

Dalam kejadian jam 4.30 pagi 18 Jan lalu, Mohammad Ali Abdul Wahab, 26, hilang dihanyutkan arus deras selepas terjun di pertemuan dua sungai iaitu Kuala Sg. Betis dan Kuala Sg. Brooke (belakang rumah mangsa) ketika dikejar polis.

Bapa mangsa Abd Wahab Mat Diah, 67 ketika menceritakan keadaan sebenar setelah ditanya oleh Drs. Zainuddin menyatakan rasa terharu dengan kehilangan anaknya itu. Beliau hanya mampu berserah dan kejadian ini adalah satu panggilan yang tepat dari Allah SWT.

Namun beliau juga menyatakan rasa terkilan dengan tindakan pihak polis yang bertindak tidak mengikut prosedur. Beliau selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung menyatakan pihak polis tidak sepatutnya bertindak sedemikian. “Orang kampung ini ramai, kalau pihak polis memerlukan bantuan kami sentiasa sedia bersama membantu”  kata Abd Wahab.

Kejadian pecah masuk oleh pihak polis yang berlaku dirumah beliau itu amat mengejutkan lebih-lebih lagi pada waktu itu mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur. “Beberapa anggota polis menendang pintu rumah saya dan masuk dengan tanpa buka kasut dan mengotorkan rumah saya dengan selut (lumpur) tanpa sebarang pertanyaan terus mengejar anak saya itu” ujar beliau lagi.

Gambar 2: Abd Wahab sedang menunjukkan tempat yang anaknya (mangsa) terjun

Lebih mengecewakan lagi apabila pihak polis yang mengejar mangsa itu terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa memberitahu keluarga mangsa sehingga petang esoknya barulah keluarga mangsa mendapat tahu keadaan yang sebenar. “Pihak polis nampak anak saya terjun di sungai yang berarus deras pada ketika itu, tapi langsung tidak memberitahu kami. Inilah yang saya amat kesali” tambah Abd Wahab lagi.

Dalam kejadian kedua pula yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang ketika Mohd Asmawi Mohd Nasir, 16 terjun ke Sungai Betis untuk mandi tidak jauh dari tempat mangsa pertama hilang, namun dalam keadaan arus sungai yang deras itu terus dihanyutkan sebelum hilang dibawa arus.

Gambar 3: Zainuddin mengimamkan Solat Hajat di rumah keluarga mangsa

Sehingga kini sudah lima hari mangsa masih belum dijumpai. Pertemuan dua kuala sungai yang berarus deras itu menhyebabkan air berpusar dengan kuat di bahagian tengah. Orang ramai masih berkampung ditepi kuala sungai membantu anggota pasukan penyelamat yang bertugas sambil terus berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan mencari mangsa.

Kunjungan BBC antara lain mengadakan Solat Hajat yang diimamkan sendiri oleh Drs. Zainuddin di rumah keluarga mangsa.  Rombongan yang juga turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Gua Musang bersama Timb. Ketua Pemuda  serta  Setiausaha Penyelia DUN Nenggiri antara lain memberi sumbangan untuk pihak keluarga mengadakan tahlil dan doa selamat untuk terus memohon pertolongan Allah sehingga kedua-dua mangsa ditemui.

Tags: , ,

Gotong-royong Bersihkan Jambatan Sg. Kelong

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 18th, 2012 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

SG. KELONG, 17 Jan – Kehadiran kakitangan dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan pagi ini mencapai maltlamat untuk bekerjasama membersihkan sampah-sarap yang tersangkut di Jambatan Sg. Kelong akibat dari arus deras di musim tengkujuh ini.

Foto 1: ADUN Limbongan bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan sedang memerhatikan sampah-sarap yang dibawa arus deras tersangkut di kaki jambatan

ADUN Limbongan menyatakan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat menyelesaikan masalah rakyat ini dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Melihat kepada struktur jambatan yang sudah berumur lebih kurang 35 tahun ini, satu kata sepakat telah diambil bagi memberi jaminan keselamatan dan penyelenggaraan pada masa-masa akan datang oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Ketua Jajahan Pasir Puteh, Hj. Nazran yang juga turut sama dalam program tersebut.

Foto-foto lain:

1. Bersama Ketua Jajahan dan pegawai-pegawai                                    2. Keadaan jambatan selepas gotong-royong

Tags: ,

Konvensyen PR di Kedah Melangkah ke Putrajaya

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 18th, 2012 in DUN Kelantan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat No Comments

ALOR STAR, 14 Jan – Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Jalan Suka Menanti, Alor Star sewajarnya ditakuti dan dibimbangi oleh UBN.

Bukan mengenai beberapa resolusi yang diputuskan ataupun janji-janji dan ikrar pimpinan Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan seperti penghapusan tol, pelupusan pinjaman wang PTPTN, bantuan untuk warganegara emas, pembatalan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ataupun seribu macam janji lagi, tetapi kebanjiran manusia pada malam ceramah itu yang luar biasa adalah satu permulaan baru untuk PR mengorak langkah terus ke Putrajaya.

Fenomena ini berlaku apabila pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes liwat selesai. Pembebasan Anwar itu disambut oleh rakyat sebagai satu kejayaan di mana doa dan harapan mereka selama ini yang menganggap Anwar dianiaya dan fitnah direstui Allah.

Sebelum konvensyen itu serangan atau road show ceramah PR yang diadakan di seluruh kawasan parlimen malam sehari konvensyen itu benar-benar berjaya mengejutkan hati dan perasaan rakyat Kedah. Kesemua kawasan yang diadakan ceramah sambutannya luar biasa antara 3,000 hingga 5,000.

Kalau sebelum ini sukar untuk mengumpul orang seramai itu tetapi ia berubah sebaik saja mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Pasti dan tentunya ledakan semangat dan kobaran azam kini berlaku di Kedah dengan satu nawaitu untuk mengkekalkan Kedah dalam genggaman dan menumbangkan kerajaan UBN di Pusat. Ledakan ini juga dipercayai turut terhimbau ke negeri-negeri lain.

Mereka datang dari dekat dan jauh. Wajah-wajah yang berjalan berderaian dengan anak-anak dan keluarga itu menunjukkan mereka sengaja datang untuk memberi sokongan. Seolah-olah jujutan manusia di sepanjang jalan itu datang tanpa mempedulikan kepada halangan dan sekatan lagi.

Tawaran wang RM500 yang digula-gulakan kepada mereka sedikitpun tidak membekas sedikitpun buat mereka. Mungkin juga rakyat yang menerima baucer RM500 boleh ditukar untuk dijadikan tambang bas atau membeli petrol untuk mendatangi ceramah dan majlis Pakatan Rakyat.

Betapa ramainya yang hadir, sehinggakan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ianya sebagai Arafah. Padang stadium dipenuhi dengan manusia yang mengenakan kopiah putih. Sukar untuk digambarkan berapakah angka sebenarnya tetapi apa yang boleh dinyatakan, kesesakan jalan raya menuju ke stadium sepanjang 3 km di segenap jalan menuju stadium boleh dihisab sendiri. Jumlah kenderaan pula tidak terhitung, motosikal, kereta memenuhi setiap bahu jalan dan jalan-jalan kecil padat sehingga sukar untuk bergerak.

Di Alor Star malam itu sedikit menghairankan kerana polis tidak bertindak seperti biasa. Tidak ada sekatan jalan raya dibuat bagi melengah atau menganggu perjalanan. Hendaknya apa yang ditunjukkan oleh Polis Di Raja (PDRM) Kedah yang yakin dan percaya himpunan melibat Pakatan Rakyat tidak mendatangkan masalah turut sama dipercayai oleh polis di negeri-negeri lain khasnya di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Apa yang boleh disimpulkan dengan kehadiran lebih 35,000 di stadium malam itu ia sudah mula menampakkan rakyat sudah bangun dan bersedia untuk melakukan perubahan. Rakyat sudah tidak sabar untuk menanti saat peti undi PRU ke-13 dibuka untuk mereka menyaksikan PR akan membentuk kerajaan dan UBN akan tumbang

Tags:

Banjir Mengejut di Pasir Puteh

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 1st, 2012 in DUN Limbongan No Comments

PASIR PUTEH, 1 Jan – Hujan lebat sejak semalam tanpa henti mengakibatkan banjir mengejut di kebanyakkan tempat di seluruh Pasir Puteh hari ini. Sehingga tengah hari ini seramai 70 orang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan di SK Kg. Nara

Berikut adalah gambar-gambar lawatan ADUN Limbongan ke kawasan yang dinaiki air hari ini:

Lagi gambar banjir di: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.305302159509054.69439.100000878186654&type=1

Majlis Sambutan Tahun Baru 2012

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on January 1st, 2012 in Umum No Comments

WAKAF BERANGAN, 31 Dis – Program meraikan kedatangan tahun baru dan ucapan selamat tinggal tahun 2011 bermula dari jam 4.00 pagi lagi dengan program Qiammullail. Sesudah itu, ADUN Limbongan bersama skuad Cakna yang terdiri dari penghulu-penghulu mukim dan ahli jawatakankuasa MTD Limbongan mengadakan ziarah kematian dan pesakit kronik di Kg. Panggong.

Berikut adalah antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Majlis Sambutan Tahun Baru ini:

1. Bersama Remaja Rakan Masjid berbasikal FIXI (tazkirah di Masjid Ibrahimi)

2. Remaja rakan Masjid berbasikal dari Masjid Ibrahimi ke Tanah Perkuburan Chengal Batu

3. Program pemimpin bersama rakyat di Kedai Kopi Chengal Batu

4. Bersama Rakan Masjid bergotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Chengal Batu

5. Merasmikan Kelab Rakan Masjid

6. Perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Oleh YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz

7. Tuan Guru bersama Persatuan Pemandu Teksi Taman Mahkota, Pasir Puteh

8. Gimmick PRU-13 Sambut Kedatangan Menteri Besar

9. Kuliah Bulanan Management Qalbu oleh YB Senator Dato’ Dr. Johari Mat

10. Ceramah Cakna Palestin oleh Dr Saeed Dwaikat dan Abdul Shakur Sharrie

SELAMBUT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012, SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA BERADA BERSAMA KITA SEMUA.