Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 11th, 2011 in Umum No Comments
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Rombongan PAS Negeri Kelantan yang diketuai oleh Setiausaha Perhubungan YB. Zulkifli Mohamad diiringi oleh Timb. Presiden BBC YB Drs. Zainuddin Awg. Hamat dan Penolong Setiausaha BBC YB. Wan Hassan Wan Ibrahim menghadiri majlis sambut menantu di rumah mantan Ketua Bahagian Pasir Puteh Datuk Hj. Kamaruddin Mohd Nor yang juga merupakan mantan ADUN Semerak.

Dalam kesempatan ini, pihak pelawat mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk KMN. Semoga majlis kesyukuran ini mendapat rahmat dari Allah SWT.




ADUN Limbongan menyatakan adat dan syariat yang beriringan seperti majlis kesyukuran seumpama ini mampu menghidupkan silaturrahim di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atuapun ideologi politik.
Tags: Datuk Kamaruddin Mohd Nor, DKMN
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ijtimak Tarbawi Pilihanraya yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini membuktikan PAS sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRU 13. Acara yang berlannsung selama sehari ini dihadiri oleh seluruh pimpinan dan wakil dari segenap kawasan.

Semangat perjuangan untuk mempertahankan Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan PAS sentiasa dalam fikrah dan tindakan Ahli-ahli PAS di semua perigkat. Amanat YAB Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz, teguhkan jemaah dan teruskan jihad. Kertas panduan tarbiyaah oleh pengarah tarbiyyah dan perkaderan PAS pusat, peranan tarbiyyah kepada petugas pilihanraya. Sementara itu kertas 2 pula dibentang oleh YB Ust Abd Halim Abd. Rahman Bendahari PAS Pusat tentang Jihad dan penghayatannya dalam bertekad memenagi PRU 13.




Program diakhiri dengan amanat Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menekankan kesepaduan fikrah dan amal jama’ie dalam menghadapi PRU 13 memberi momentum baru ke arah memrealisasikan konsep hijrah sebagaimana di dalam pengajaran sirah Rasulullah SAW.
Tags: Ijtmak Tarbawi Pilihanraya
Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on December 9th, 2011 in Umum No Comments
KG. SURAU, 9 Dis – Gotong royong penduduk di Kg. Surau pagi ini memasang 2 unit pembetung (culvert) bagi membantu menyelesaikan masalah banjir dan pengaliran air untuk tujuan pertanian di kawasan ini.

- Penduduk dan petani sedang bekerjasama memasang pembetung di Kg. Surau
Hadir bersama dalam gotong-royong yang bermula pada jam 9.00 pagi ini Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh Hj. Mohd Judin dan Halim Mohamed serta beberapa orang wakil AJK PAS Kawasan Pasir Puteh termasuk Timbalan YDP En. Yuganu Yunus.
Sementara itu ADUN Limbongan yang tidak dapat mengahdirkan diri dalam gotong-royong ini kerja urusan kerja di Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk di Kg. Surau ini. “Semangat beginilah yang boleh mengukuhkan lagi ukhwah sesama penduduk dan juga hubungan antara pemimpin dan rakyat” tambah beliau lagi.
Tags: Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh, gotong-royong, kg. Surau, Timbalan YDP Pas Kawasan