Misi Lajnah Kebajikan PAS Pasir Puteh tangani mangsa banjir

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 25th, 2011 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 24 Nov – Prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir di kawasan ini, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pasir Puteh telah membuat rondaan dan lawatan rumah ke rumah petang ini.

ADUN Limbongan dan Timb. YDP PAS Kawasan Pasir Puteh guna sampan untuk mengagihkan bantuan makanan

Sepuluh buah rumah yang mengharungi masalah banjir di sini mendapat bantuan makanan yang disampaikan oleh ADUN Limbongan yang juga merupakan Setiusaha PAS Kawasan Pasir Puteh. Turut sama dalam lawatan ini adalah Timb. YDP En. Yuganu Yunus, Pen Setiausaha dan Penghulu Mukim Pengkalan. Menurut kata Penghulu Zulkifli Idris, semua mangsa di kawasan tersebut sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga bimbang kerana besar kemungkinan air naik ke paras lebih tinggi.

Drs. Zainuddin Awg Hamat ketika ditemubual mengenai isu air yang tidak lenyap sepanjang tahun ini menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan yang terbaik bagi menanganinya. Beliau juga berharap AKSB akan menjalankan penambahbaikkan secara berterusan demi menjaga kualiti hidup rakyat.

Rumah Awang ranap dibahagian belakang

Beliau juga sempat merakamkan rasa simpati dengn nasib yang menimpa Awang Bin Mat Husin kerana rumahnya di Kg. Jelor Kecil ditimpa sebatang pokok besar akibat dari kejadian ribut malam 23 Nov lalu. Bantuan segera membaiki rumah beliau melalui Bantuan Tabung Serambi Mekah dihulur bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung.

“Saya berharap semoga seluruh warga Pasir Puteh sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam hidup dan mohon keberkatan dari Allah SWT dalam apa jua masalah yang dihadapi sama ada berjaya ditangani atau sebaliknya. Presiden Thailand, Yingluck juga mengaku kalah dan hanya berserah kepada tuhan apabila Kota Bangkok ditenggelami air , inikan pula kita sebagai mukmin seharusnya lebih dari itu” kata Drs. Zainuddin.

Tags: , ,

ADUN Limbongan bidas bakal PM Malaysia

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 24th, 2011 in DUN Kelantan, Lawatan No Comments

“Sebagai seorang bakal Perdana Menteri, YAB hendaklah membantu Kelantan bagi mendapatkan semula royalti minyak,” – Drs. Hj. Zainuddin

KOTA BHARU, 23 Nov –  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dalam majlis bersama Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Lembaga Pengelola Sekolah dibidas ADUN Limbongan berkenaan isu bantuan kepada pelajar dan pembangunan sekolah di negeri ini.

Adun Limbongan yang juga Pengerusi PIBG Maahad Saniah Pasir Puteh ketika tampil mengemukakan soalan juga berharap agar Kerajaan Pusat mempertimbangkan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Malah beliau juga mempertikaikan wakil JPN yang berada dalam Jawatankuasa Pendidikan Negeri tidak menyalurkan maklumat kepada kementerian bagi membolehkan pelajar-pelajar sekolah agama di bawah YIK juga mendapat bantuan RM100. Sebelum itu dalam ucapan TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia memberitahu sekolah yang tidak mendaftar dengan kementerian belum diberi bantuan RM100 kerana tiada maklumat lengkap.

Sementara itu, seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JKPS) dari Pasir Puteh meluahkan rasa kecewa terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed. Harun Said, pengerusi JKPS sekolah agama di Kuala Nering memberitahu pernah mengemukakan masalah mengenai bantuan persekolahan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. “Saya tanya Datuk Pa pada satu perjumpaan meja bulat yang diadakan pada 2004 mengapa bantuan kepada sekolah agama rakyat dihentikan. Namun pada masa itu Dato’ Pa tidak menjawab apa-apa, sehingga baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan dalam bajet untuk sekolah agama,” katanya.

Harun berkata, sepatutnya bantuan tersebut diberi kepada sekolah agama sejak 2004 lagi bagi membolehkan pelbagai kemudahan kepada pelajar disediakan. “Sudahlah SAR begitu lemah, letih dan ada banyak kekurangan, bantuan kewangan pula disekat tentunya menyebabkan jiwa juga menjadi lemah,” katanya lagi.

Dewan Kelantan Trade Centre (KTC)

Tan Sri Muhyiddin Yassin mencipta sejarah apabila berjumpa dengan guru-guru agama dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) dalam Majlis Penyampaian Cek dan Sijil Bantuan Kerajaan Persekutuan  di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu.  Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan pusat.

Tags: , , , ,

Lagi RM33,000 Untuk Penerima Tabung Kifaalah DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 4th, 2011 in DUN Kelantan No Comments

ADUN Limbongan bersama wasi penerima Khairat Kematian Kifaalah. Gambar kecil bersama penerima kaum Cina

WAKAF BERANGAN, 4 Nov – Seramai 33 orang wasi hari ini menerima maanfaat Skim Tabung Kifaalah RM1000 setiap seorang yang disampaikan oleh ADUN Limbongan di Masjid Majidiah.

Semua penerima yang juga termasuk dari kaum Cina mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Membangun Bersama Islam kerana menjadikan skim khairat kematian ini satu yang amat bermanfaat kepada rakyat tanpa mengira warna dan bangsa.

Tags:

Kemalangan Maut di Cabang Tiga Rumah Murah Bukit Gedombak

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 4th, 2011 in DUN Kelantan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 4 Nov – Kemalangan maut melibatkan dua buah motosikal pagi ini meragut nyawa Abd. Aziz Abd. Hamid, 66  yang dalam perjalanan pulang kerumah dari majlis ilmu (menadah kitab) di Wakaf Lanas.

ADUN Limbongan melawat magsa di HTA

Abd. Aziz yang mati ditempat kejadian meninggalkan seorang balu Maznah Hamid, 62 dan 10 orang anak. Sementara itu seorang lagi mangsa yang berasal dari Kg. Gunong, Bachok dikejarkan ke Hospital Tengku Anis dan masih dalam rawatan.

ADUN Limbongan yang melawat mangsa di hospital, mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mangsa bersabar dan menerima ketentuan Allah dengan redha. Beliau juga mengingatkan agar semua pengguna jalanraya agar sentiasa berhemah dan apa jua tindakan demi keselamatan semua pihak lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.

Tags:

Zon Pelupusan Sampah Jadi Lubuk Pendapatan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 4th, 2011 in DUN Kelantan, Lawatan No Comments

BUKIT GEDOMBAK, 4 Nov - ADUN Limbongan yang turut serta dalam kerja gotong royong membuat persiapan untuk Majlis Perasmian Kolam Ikan Air Tawar, Penyampaian Bantuan Input Pertanian & Korban Aidiladha 2011 pagi ini menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan kawasan zon pelupusan sampah dikawasan ini sebagai Pusat Ekotourism Akuakultur pertama di negeri ini.

ADUN Limbongan bersama Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Bukit Gedombak

Sehingga kini sudah lebih 100 unit kolam ikan di keluasan tanah 16 ekar yang diusahakan oleh 8 orang penternak telah mendapat pasaran. Melalui pembentukan Persatuan Penternak Ikan Air Tawar, beliau berharap kerjasama dari semua pihak agar dapat membangunkan kawasan yang selama ini hanya dikenali sebagai zon pelupusan sampah.

Perbincangan dan pencambahan idea bersama penternak dan pengusaha

Pembangunan yang telah dirancang termasuklah menjadikan kawasan kolam ini sebagai pusat ilmu penternakan ikan, pembangunan industri desa seperti keropok, pembentukan koperasi pertanian dan badan kebajikan.

Kolam pembiakan dan penetasan

Kolam dan persatuan ini akan dirasmikan oleh YB Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan YB Che Abdullah Mat Nawi pada 8 November ini di sini bersama program Korban Aidiladha dan Pembahagian Daging Korban kepada seramai 200 orang fakir miskin. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Makan tengahari disediakan.

Tags: , ,