Berbuka puasa di rumah ADUN

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 23rd, 2011 in DUN Limbongan No Comments

KG. SRI AMAN, 18 Ogos – ADUN Limbongan hari ini menganjurkan satu majlis berbuka puasa di kediaman  beliau di sini bersama rakyat.

Acara bermula dengan tahlil di perkarangan rumah beliau sebelum berbuka puasa.

ADUN Limbongan menyatakan tujuan majlis yang tidak rasmi ini diadakan juga kerana untuk mengucapkan rasa syukur kerana Allah SWT telah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat hingga ke hari ini.

Tags: ,

Bantuan Armalah DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 22nd, 2011 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 22 Ogos – Seramai 450 orang Armalah DUN Limbongan yang berdaftar pagi ini menerima sumbangan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumbangan berjumlah RM45,000 yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat itu merupakan acara tahunan bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh Armalah pada musim-musim tertentu.Tahun ini, bantuan ini secara tidak langsung dapat meringankan perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri yang sudah tidak lama lagi.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KHATIRAA

Tags: ,

ADUN Melawat Mangsa Ribut

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 11th, 2011 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

GONG CHAPA, 11 Ogos – Hujan lebat beserta angin kuat kira-kira jam 2.00 petang semalam telah mengakibatkan atap 5 buah rumah termasuk sebuah surau di Kg. Pulau Sa rosak. ADUN Limbongan yang simpati dengan mangsa yang terlibat menziarah ke tempat kejadian pagi ini bersama Bendahari PAS Kawasan Pasir Puteh, Nik Yusof dan Setiausaha DUN Limbongan Hj Mohd Judin Samat.

Mangsa ribut Othman Saman, 70 tahun yang mengidap sakit serangan angin ahmar sejak tahun lalu amat berterima kasih kepada ADUN Limbongan yang meluluskan bantuan segera melalui Tabung Serambi Mekah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu ADUN Limbongan menyatakan bahawa amalan menziarah dan sedekah adalah satu kebajikkan yang amat dituntut lebih-lebih lagi di bulan yang penuh rahmat ini.

Tags: ,

Jazakallahu Khairan Khatiraa Salem Aziz Tekstil

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 9th, 2011 in DUN Kelantan, Umum No Comments

KOTA BHARU, 8 Ogos – ADUN Limbongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Salem Aziz, pemilik gedong kain tersohor Salem Aziz Tekstile kerana menghadiahkan cabutan bertuah kepada pelanggan di bulan yang penuh rahmat ini. Isteri beliau, Pn. Mariah  adalah antara pelanggan yang bertuah memenangi sebuah kereta viva.

Dalam satu majlis pemberian zakat, penyampaian hadiah cabutan bertuah dan berbuka puasa yang di adakan di cawangan Wakah Che Yeh, 50 orang anak yatim dari DUN Bunut Payong telah menerima sumbangan zakat.

Tags: ,

Temuramah YDP PIBG Maahad Saniah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 6th, 2011 in DUN Limbongan, Pendidikan No Comments

Temuramah selepas Mesyuarat Agung kali ke 12 diadakan di Pejabat DUN Limbongan.

Soalan: Apakah misi dan visi selaku YDP yang dia amanahkan kali ke4 ini?

Jawapan: Konsep kerja pasti berasas kepada konsep Jama’ie di mana saya sebagai pengemudi dengan dibantu oleh seluruh jawatan kuasa wakil-wakil dari ibu bapa dan guru-guru, misi dan visi adalah seiring dengan pihak Kerajaan Negeri, Yayasan Islam Kelantan, sekolah itu sendiri yang saya rumuskan bahawa PIBG berperanan sebagai moderator agar sekoalah dapat melonjakkan kecemerlangan sahsiah serta akademik pelajar sebagai persiapan menjadi generasi yang dapat memberi sumbangan balik kepada masyarakat.

Soalan: Jelaskan beberapa konsep yang telah dikemukakan dalam Mesyuarat?

Jawapan:

1. PDOP ialan Pelan Dana Operasi Pendidikan Maahad Saniah yang mana pelan ini telahpun dilancarkan pada Ramadhan 1431 (tahun lepas) dengan nama dana pembangunan sekolah dan Alhamdulillah kita telah mampu mengutip dana ini hampir RM60 ribu dan bakinya sekarang adalah RM47 ribu di mana kutipan ini telah digunakan untuk keceriaan fizikal sekolah dan projek kecemerlangan peperiksaan. Dalam pelan ini juga dirangka bagaimana sumbangan-sumbangan yang boleh diperolehi dari bukan sahaja dari orang perseorangan tetapi melaui institusi-institusi tertentu. Bagi mencapai hasrat ini maka peranan alumni saniah merupakan teras kepada kejayaan pungutan dana. Oleh sebab itu pihak PIBG akan mengadakan hari terbuka pada 2 Syawal bertempat di Tapak Bazaar Ramadhan, Jalan Che Yem. Melalui meja PIBG Saniah ini kita mengharapkan wujudnya interaksi yang positif kearah tercapainya sebahagian dari PDOP. Alhamdulillah pagi ni sahaja kita telah dapat pungut dana operasi sekolah sebanyak RM3 ribu lebih.

2. SP ialah Saniah perihatin dia mana rentetan daripada program ziarah pihak sekolah ke rumah-rumah pelajar yang termasuk dalam kategori “MT” atau kelompok “mesti di tolong” maka SP ini akan membentuk Jawatankuasa Khas dikalangan ibu bapa dan guru untuk mengadakan lawatan berkala supaya wujud konsep kecaknaan terhadap paras ibu bapa dengan sewajarnya. Dalam ziarah terdahulu kita memberi sumbangan dalam bentuk hamper agar menampakkan peranan PIBG, pihak sekolah, wakil-wakil rakyat yang ambil cakna walaupun seketika agar kesempitan hidup para ibu bapa pelajar dapat dirasai bersama.

3. TKSA ialah Teras kecemerlangan Sahsiah dan Akademik juga menjadi perhatian utama oleh PIBG bagi membantu sekolah agar pelajar-pelajar disempurnakan proses tarbiyyah atau pendidikan aqidah, fiqh dan ilmu alam berasaskan pendidikan  wahyu. Teras utama proses ini ialah perlunya keceriaan persekitaran fizikal sekolah dan motivasi guru-guru sebagai tenaga murabbbi, tenaga pendidikan, tenaga komunikator, agar proses tidak terencat di pertengahan jalan. Oleh itu gabungan  keceriaan fizikal dan faktor kemanusiaan (para pendidik) merupakan satu jalinan yang berkait rapat. Maka PIBG sentisa mencari jalan agar hubungan ini terus seimbang melalui peruntukan yang munasabah sebagai sumbangan dari masa ke semasa.

Soalan: Apakah harapan YDP bersama AJK yang baru dialantik hari ini?

Jawapan:

1. Produk Saniah mesti seimbang dengan keperluan semasa iaitu hasil peperiksaaan setiap peringkat perlu kepada memenuhi ciri-ciri pendidikan alaf baru yang mampu bersaing dengan mana-mana produk institusi pendidikan.

2. Kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru selama in terus dipertingkatkan bagi membantu pihak sekolah selesa dalam mendidik pelajar.

3. Kecekapan mengatasi sebarang implikasi negatif akibat pengaruh-pengaruh luar terus dihayati.

4. Pelan perancangan sekolah 5 tahun akan di bantu oleh PIBG melalui hubungan dengan  pihak Jabatan seperti keperluan bangunan seklolah yang baru mengekalkan imej Maahad Saniah adanya Tahfiz Muslimah sehingga lahirnya Pusat Tahfiz di Pasir Puteh Cawangan Saniah.

5. Pihak PIBG akan merancang untuk guna tanah sekolah seluas 3 suku ekar untuk dibangunkan sebagai asrama dan gudang perniagaan.

Tags: ,

Mesyuarat Agung PIBG Saniah kali ke 12

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on August 6th, 2011 in DUN Limbongan, Pendidikan No Comments

PASIR PUTEH, 6 Ogos - Pihak PIBG Maahad Saniah Pasir Puteh mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Ustaz Mohamad B. Mustafa, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan di atas kesudian menghadiri dan merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Terima kasih juga kepada Ustaz Mansur Yahya mewakili Pengarah Yayasan Islam Kelantan kerana sudi hadir.

Pengerusi PIBG, YB Drs. Zainuddin Awang Hamat dalam ucapan beliau menyatakan terdapat tiga pelan induk yang dirangka bagi tahun 2011 – 2015 iaitu Pelan Dana Operasi Pendidikan (PDOP), Saniah Prihatin (SP) dan Teras Kecemerlangan Sahsiah dan Akedemik (TKSA). Beliau yang baru sahaja diputuskan dalam mesyuarat agung kali ini bagi menyandang  jawatan Pengerusi (Yang diPertua) bagi penggal yang keempat, juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu-bapa dan guru-guru yang sama-sama hadir menjalankan ibadah di bulan yang penuh rahmat ini.

Tags: