Derma Tabung Dana Madrasah Hidayah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on February 8th, 2011 in DUN Limbongan, Makluman No Comments

KG. PANGGONG, 7 Feb – Mesyuarat AJK Madrasah Hidayah hari ini memutuskan untuk mengadakan satu Majlis Pelancaran Tabung Dana  Khas dalam usaha untuk menyiapkan bangunan baru  madrasah tersebut pada 15 Febuari ini dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

"Hj. Mohamad"

Hj. Mohamad

Bertempat di tapak madrasah tersebut yang beralamat di Lot 932 Kg. Panggong, Pasir Puteh, Kelantan, muslimin dan muslimat dijemput hadir berama-ramai dan menderma bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Menurut Pengerusi Penghulu Parlimen Pasir Puteh, Hj. Mohamad kepada sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut boleh juga menyalurkan derma ke Akaun BIMB: 03090010045079.

Jamuan makan juga disediakan pada hari tersebut. Pihak AJK Madrasah  berharap semoga dengan kehadiran muslimin dan muslimat akan lebih menyerikan majlis tersebut dan mendapat keberkatan serta keredhaan dari Allah SWT, insyaAllah.

Tags: , , ,