PASIR PUTEH, 27 November – Sempena 50 Tahun usia Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, satu Majlis Jubli Emas yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood disambut meriah oleh masyarakat tempatan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh rombongan tetamu khas dari China yang telah bersama-sama menjayakan Ekspo Cheng Ho 21-26 November lalu. ADUN Limbongan selaku ketua dalam rombongan ini dalam ulasan beliau mengenai dialog bersama jemaah setempat menyatakan bahawa dakwah Islamiah tidak menspesifikkan kepada halangan namun Islam itu mudah jika difahami dan dihayati dengan sepenuhnya.

Beliau menyatakan demikian setelah ditanya mengenai seorang jurubahasa sukarelawan yang tidak beragama Islam dibawa masuk ke rumah Allah untuk terjemahan bahasa Cina ke bahasa Melayu. “Meskipun tidak menutup aurat sepenuhnya (ketika di dalam masjid), kita telah mampu menyebarkan Islam secara tidak langsung kepada jurubahasa tersebut apabila beliau menterjemahkan ucapan tetamu dari China itu yang kandungannya adalah huraian dari firman Allah dalam Al-Quran” ujar Zainuddin lagi.

Sambutan Jubli Emas ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertandingan acara dalam dan luar dewan. Antaranya adalah Pentandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan dan pelbagai Sukan Rakyat seperti dam(haji), Karom, Ping pong dan lain-lain lagi.

Selain itu, Drs. Hj. Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada AJK Masjid Ibrahimi yang telah menganjurkan sambutan ini dan telah mendekatkan masyarakat kepada masjid tentang fungsinya terutama untuk golongan belia.

Galeri Foto:

1. Pertandingan acara dalam dan luar dewan sempena sambutan

Tags: , ,

Lawatan ke Terengganu bersama Tetamu Ekspo Cheng Ho

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 30th, 2010 in Lawatan, Umum No Comments

TERENGGANU, 28 Nov – Seramai 33 orang rombongan tetamu dari China yang telah sama-sama menjayakan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu pada 21-26 November lalu telah di bawa menziarah ke negeri ini.

Lawatan yang diketuai oleh ADUN Limbongan ini juga diiringi oleh Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh telah singgah di destinasi pertama iaitu Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Terengganu.

Lawatan di sini disambut mesra oleh pimpinan PAS Negeri Terengganu diketuai oleh Hj. Md. Deraman.  Antara tujuan lawatan ini adalah pengkongsian tentang bagaimana perkembangan dunia Islam dan penyebaran  dakwah di China dan tempatan. Sesudah Solat berjamaah, ucapan aluan dan taklimat khas oleh Mudir Maahad Tahfiz, pelawat telah disajikan dengan makanan tengahari.

Rombongan ini seterusnya dibawa melawat ke pamera produk hasil batik di Gedung Noor Arfa. Kepelbagaian produk telah memukau rombongan ini disamping dapat meninjau secara dekat bagaimana produk batik di negara ini dihasilkan secara tradisional.

Galeri foto:

1. Melawat Masjid Kristal

2. Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu oleh PAS Negeri Terengganu

3. Makan Malam di NR Seafood Restaurant

Lain-lain foto boleh dilawati di Facebook ADUN Limbongan: http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=29912&id=100000878186654

Tags: , , ,

Amalan Ziarah Jaminan Panjang Umur

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 26th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

PASIR PUTEH, 26 Nov – Kunjungan ADUN Limbongan ke Hospital Tengku Anis di sini menziarahi rakan taulan dan rakyat yang terlantar kesakitan menguatkan lagi saranan beliau kepada semua orang  agar amalan seperti ini menjadi satu keutamaan.

Drs. Zainuddin dalam ziarah tidak rasmi di  HTA pagi ini selain menyatakan rasa syukur dengan tahap kesihatannya sekarang, mengingatkan orang ramai kepada sabda Rasulullah tentang tiga amalan yang boleh memberi jaminan doa orang-orang mukmin agar dipanjangkan umur oleh Allah SWT iaitu menziarah orang yang dalam kesusahan, mendoakan kesejahteraan dan bersedekah.

“Kita selalu berdoa untuk kesejahteraan yang diinginkan, tapi kadang-kadang kita tidak sedar kesejahteraan yang dipohon sudah dimakbulkan. Amalan ziarah seperti ini sudah tentu akan mengingatkan diri kita sendiri tentang lima perkara sebelum lima perkara” tambah beliau lagi.

Beliau bersama isteri juga baru balik dari menziarah Arwah Tok Chik Mat di Kg. Merkang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya dan Arwah Akik di Wakaf Bunut yang kembali ke rahmatullah pagi ini kerana sakit tua. Al-Fatihah.

Tags: , , ,

Amalkan Jalinan Ukhwah Melalui Ziarah

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 13th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan No Comments

KG. SRI AMAN, 13 November – ADUN Limbongan ketika ditemui di sini menyatakan bahawa jalinan ukhwah sesama manusia dapat dipertingkatkan lagi sekiranya tradisi ziarah menziarahi antara satu sama lain diamalkan oleh seluruh masyarakat tidak kira di mana sahaja dan apa jua keadaan sekalipun.

Beliau yang ditemui ketika menziarahi isteri Pakcik Mat yang sudah hampir setahun terlantar akibat angin ahmar di kediaman nya di sini. Bantuan segera telah dihulurkan bagi meringankan beban Pakcik Mat dalam pembiayaan kos perubatan isteri beliau.

Pakcik Mat amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dengan sumbangan tunai yang telah disampaikan melalui Drs. Hj. Zainuddin dan memuji pimpinan Kerajaan Membangun Bersama Islam ini yang sentiasa mengambil berat perihal-perihal begini.


Galeri foto lain:

Pada 13 November, 8.00p.m: Ziarah Ahli Keluarga yang meninggal akibat kemalangan jalanraya di Permatang Sungkai. Jenazah seorang pelajar tahun 3 di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tags:

ADUN Limbongan Rasmi 4 lagi Ikhtifal PASTI

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 13th, 2010 in DUN Limbongan, Pendidikan No Comments

PASIR PUTEH, 13 November – YB Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat hari ini telah merasmikan 4 lagi Ikhtifal PASTI 2010 bagi Cawangan PASTI Darul Attib, PASTI Majidiah, PASTI Kg. Wakaf dan PASTI Nurrul Hidayah.


Galeri Foto Perasmian Majlis:

IKHTIFAL PASTI DARUL ATTIB DI MARKAZ DARUL ATTIB KG. PERMATANG RAMBAI


PASTI MAJIDIAH DAN PASTI KG. WAKAF DI MADINATUL ILMI, DALAM KERAWAT


PASTI NURRUL HIDAYAH DI DATARAN JPS, PADANG PAK AMAT



Adik Siti Nur Balqis Lambang Kecemerlangan PASTI

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on November 13th, 2010 in DUN Limbongan, Pendidikan, Umum No Comments

KG. KELUBI, 12 Nov – Ibu bapa dan para hadirin yang hadir pada Ikhtifal PASTI Tarbiyyah Darul Hikmah pada hari ini terpegun dengan bacaan ayat-ayat Hafazan salah seorang pelajar PASTI ini.

Adik Siti Nur Balqis Binti Mohd Zani, 6 tahun telah memperdengarkan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Ayat Seribu Dinar dan beberapa baris ayat dalam Surah Al-Mulk.

Menurut ibu kepada pelajar ini, Zakiah Binti Muhd, 35 seorang Ustazah di SMK Machang, anak bongsu dari 4 orang adik beradik ini diasuh setiap hari dirumah dengan bacaan ayat-ayat suci selepas Solat Maghrib dan Subuh. Amalan ini juga telah membolehkan anak sulung beliau yang berumur 5 tahun telah Hafiz (hafal sepenuhnya) Surah Yaasin dan beberapa Surah pendek.

ADUN Limbongan yang hadir bersama isteri Puan Hjh. Mariah Binti Ibrahim juga terpegun dengan kelunakkan suara Balqis yang juga mengetuai Nasyid berkumpulan dalam acara persembahan sempena Ikhtifal ini. Rasa bangga terhadap kebolehan adik kecil ini membawa rezeki kepada Balqis apabila Drs. Zainuddin langsung melalui isteri beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepadanya.

Drs. Hj. Zainuddin dalam ucapan perasmian beliau menyatakan hasrat untuk mempromosikan Balqis ke peringkat yang lebih tinggi untuk tujuan dakwah. Pada Awal Muharram ini Kembara Dakwah Edisi Kedua bersama 2 pelajar cilik Maahad Tahfiz Darul Hufaz, Lampong, Indonesia telah diaturkan dan insyaAllah dengan restu dari ibu bapa dan berkat Allah SWT, Siti Nur Balqis juga akan dibawa bersama dalam kembara dakwah tersebut.

Tags: ,