Sambut Kedatangan Ramadhan: Ceramah oleh Dua Penceramah Cilik

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 27th, 2010 in Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Limbongan mengadakan program Semarak Syaaban Ambang Ramadan yang akan dilancarkan esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, bersempena dengan pelancaran program jam 9.30 malam di Maahad Saniah itu, ceramah daripada dua penceramah cilik akan diadakan.

Menurutnya, penceramah dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Lampung, Sumatera, Indonesia iaitu Fatimah Az Zahra, 11, dan Umar Al Faruq, 10, memberi manfaat kepada hadirin dengan kepetahan berkata-kata.

“Selain itu, kuliah Maghrib turut diadakan yang dikendalikan penceramah jemputan, Ustaz Zamri Razali sebelum hadirin menyertai solat hajat.

“Solat hajat itu bagi memohon keberkatan dalam setiap apa yang kita kerjakan khususnya untuk bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Zainuddin berkata, tarbiyah Syaaban diberi perhatian sebelum umat Islam menghayati amalan di bulan Ramdan.

Sepanjang progran itu berlangsung katanya, aktiviti kebajikan diselitkan seperti penyampaian sumbangan kepada masyarakat yang layak seperti pesakit kronik.

“Muslimat Pas pula akan menjayakan program kunjungan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan serta mendalami masalah masyarakat.

“Arahan daripada Kerajaan Negeri ini kita laksanakan sebagai mengajak masyarakat untuk bersedia dengan Ramadan termasuk menghayati al Quran yang pernah melembutkan hati musuh Islam pada zaman Rasulullah SAW, seterusnya membentuk tamadun Arab pada waktu itu,” katanya.   -Sumber Sinar Harian

Tags: , , ,

Kursus Pengurusan Jenazah: Muslimat Cakna Akhirat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 13th, 2010 in DUN Limbongan 4 Comments

KG. NARA , 11 Jun - Program dibawah anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang disalurkan ke DUN-DUN seluruh negeri ini telah diadakan di Masjid Taman Seri Purnama disertai oleh 15 orang Muslimat setempat.

♦ Dzulkaedah menjadi ‘model’ untuk menunjukkan demonstasi bagi menjelaskan lagi pengajian kursus ini

Sebelum ini program yang sama telah diadakan di Kg. Panggong dan Saring yang melibatkan 105 orang muslimat tempatan. Program ini seterusnya akan diadakan di Surau Alor Pasir, pada 14 Julai 2010 bermula jam 3.oo petang.

Program yang diadakan selama tiga jam ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada semua tentang pengurusan jenazah mengikut ajaran Rasulullah. Selain itu ilmu yang dikongsi bukan sahaja membolehkan kita untuk lebih mahir dalam pengurusan jenazah tetapi boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian dalam menjaga kebersihan diri.

♦ Demonstrasi peluk jenazah untuk kali terakhir sebelum menutup kafan

Menurut kata Pemangku Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh, kebanyakkan masyarakat pada hari ini mengambil mudah tentang pengurusan jenazah ini, sedangkan semua perlu menyedari bahawa jenazah yang diurus akan disemadikan dan dipulangkan kepada pemilikNya, Allah SWT. “Sebagaimana kita lahir ke dunia ini dengan penuh kesucian, seperti itulah kita pulang kepadaNya” kata Dzulkaedah lagi.

Sementara itu ADUN Limbongan turut menyatakan rasa bangga dan berterima kasih dengan usaha Dewan Muslimat dengan aktiviti Cakna Akhirat ini yang akan mengukuhkan lagi ukhwah sesama manusia.

Tags: , , , ,

Semak Daftar Pemilih Sambil Tengok Bola di The Garden

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 9th, 2010 in DUN Limbongan, ICT, Isu Semasa No Comments

Unit ICT DUN Limbongan akan menyediakan kemudahan kepada para pengunjung di Restoran The Garden di Cabang 3 Kamil untuk membuat semakan daftar pemilih  secara online pada malam Perlawanan Akhir FIFA 2010, bermula jam dari jam 9 malam 11 Julai 2010 sehingga 5 pagi keesokkan harinya.

Tiga unit komputer peribadi akan disediakan untuk pelanggan di restoran ini khususnya kepada penonton siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Pelanggan yang sudah berdaftar secara sah dengan SPR sebelum ini boleh terus membuat cetakan rekod  keterangan sebagai simpanan peribadi.

Khidmat secara layan diri dengan dibantu oleh seorang petugas khas, pelanggan juga boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang ringkas  mengenai keterangan peribadi. Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat DUN Limbongan seterusnya akan membantu membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Dalam pada itu Pengurus The Garden Cafe, Suhaimi Said mengalu-alukan kedatangan pelanggan memeriahkan lagi suasana Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Dunia 2010 di sini sambil menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan yang sentiasa cakna pada isu semasa.

ADUN Limbongan ketika ditemui sedang minum petang di sini menyatakan bahawa kemudahan ini perlu disediakan bukan sahaja pada malam sempena siaran langsung perlawanan akhir bolasepak ini sahaja, malah ianya perlu ada sepanjang masa kerana tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar adalah penting bagi rakyat dalam menentukan masa depan negara. Tambahan lagi, masih ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih yang sah di DUN Limbongan ini terutama golongan muda.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , ,

Peringatan Untuk Sinar Harian Dari Drs. Khalil Idham Lim

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 8th, 2010 in Umum No Comments

Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar yang diminati ramai iaitu Sinar Harian telah dilawati oleh PM Dato Najib semalam. Kita maklum setakat ini akhbar Sinar Harian di beberapa negeri telah menunjukkan sedikit kebebasan dan berlaku adil di dalam penyiaran beritanya.

Jika dibandingkan dengan Utusan Meloya atau Berita Hairan, jauh sekali dari segi mutu berita dan tahap profesionalismanya.Namun demikian, dengan lawatan Najib ke pejabat Karangkraf beserta lawatannya ke bahagian penerbitan akhbar Sinar Harian kita mengharapkan profesionalisma akhbar tersebut masih kekal jika tidak meningkat sekali pun.

Kita tidak mahu sebaik sahaja Najib melawat pejabat akhbar berkenaan dengan beberapa `wasiat’ dan `pesanan’nya, maka akhbar Sinar yang semakin diminati itu menjadi seperti Utusan Meloya. Belum lagi akhbar berkenaan dicop sebagai akhbar `pencacai’ dan kita mahu prestasi itu diteruskan

Kita tetap akan membantu Sinar Harian untuk meningkatkan jualannya selagi akhbar tersebut berubah sikap kepada `pencacai murahan’.

Oleh itu berfikir lah terlebih dahulu sebelum terlajak. Jangan mudah takut dan bimbang dengan sesiapa untuk menyiarkan berita asalkan berita itu diperolehi secara jujur tanpa niat lain. Sinar Harian diharapkan terus menjadi akhbar No. 1 di negara ini. - Sumber dari Blog Cina Islam

Cakna Muslimat DUN Limbongan Ziarah Keluarga Rahma

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 7th, 2010 in DUN Kelantan, Lawatan No Comments

CHENGAL BATU, 7 Julai – Dewan Muslimat PAS DUN Limbongan telah menziarahi keluarga Rahma Abdul Rahman yang baru sahaja kehilangan abang tersayang yang meninggal akibat sakit kronik dua hari yang lalu.

Lawatan juga disertai oleh Puan Zulkaedah Bt. Ali Muhammad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh bersama dengan Ketua Dewan Muslimat PAS DUN Limbongan, Faudziah Yusof.

Rahma, 30 dan suami Zamzuri, 35 tahun hidup bersama 4 orang anak di kediaman mereka yang masih belum siap sepenuhnya kerana dihimpit dengan masalah kewangan. Suaminya yang bekerja sebagai seorang petani tidak mampu untuk meneruskan pembinaan rumah mereka sehingga siap. Tambahan lagi semasa hayat abang kandung beliau masih ada, keluarga Rahma lah tempat Allayarham menumpang kasih dan menghabiskan sisa kehidupan. Allayarham Shamsudin mempunyai saudara kembar, Rahim Abd. Rahman, 33 tahun.

Rumah yang diduduki sekarang dalam serba kekurangan, tiada bilik mandi, tiada bekalan air dan amat tidak selesa untuk anak-anak  yang semakin membesar. “Saya risau jika anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran sepenuhnya dengan kehidupan yang serba daif ini walaupun saya sedar itu bukan alasan untuk berjaya” kata Rahma.

Menyedari hakikat keperitan hidup ini, Dewan Muslimat PAS DUN Limbongan dengan kerjasama Penghulu Mukim menyampaikan sedikit sumbangan dengan harapan dapat meredakan beban yang dipikul oleh keluarga ini. Menurut Ketua Dewan Muslimat DUN Limbongan, selain dari sumbangan yang telah diberikan kepada keluarga ini, beliau akan terus berusaha untuk  cuba memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan tidak kira samaada besar atau kecil nilainya, asalkan titian ukhwah sesama umat Islam dapat dijalin dengan lebih kukuh lagi.

Tags: , ,

Majlis Kesyukuran Sempena Naib Pangkat

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on July 1st, 2010 in DUN Kelantan No Comments

KOTA BHARU, 1 Julai – Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Limbongan meraikan Pegawai-pegawai Dewan Undangan Negeri dengan mengadakan jamuan makan tengahari di sebuah restoran masakan ala thai terkemuka di sini.

Majlis jamuan ini juga dihadiri oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan, Setiausaha DUN Kelantan dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat di DUN Kelantan.

Menurut beliau majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan tahniah kepada semua yang terlibat selama ini. “Kejayaan yang dimiliki adalah hasil titik peluh bersama, maka haruslah dinikmati bersama” katanya.

Dalam pada itu ADUN Limbongan akan mengadakan Solat Hajat di Markaz Al-Aitam yang sudah hampir siap sepenuhnya pada malam ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan memohon agar dimurahkan rezeki dari Allah SWT kepada semua.

Tahniah YB!


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: ,