Pemuda Kamil Aktifkan Warisan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 29th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH – Warisan kebudayaan adalah satu simbol kemegahan yang boleh dijadikan satu tarikan untuk tujuan tertentu. Warga limbongan.net secara tidak langsung singgah di Jalan Sekolah Kamil apabila tertarik dengan pemuda di sini yang sedang asyik bermain wau.

Menurut salah seorang Warga Emas yang dikenali sebagai Pok Loh Tukang Gunting, kebolehan membuat dan bermain wau pemuda di kampung ini adalah warisan turun temurun.

Antara wau yang dilayangkan oleh pemuda-pemuda di sini adalah Wau Bulan, Wau Kucing dan pelbagai bentuk wau innovasi terbaru mengikut citarasa masa kini.

Usaha pemuda-pemuda ini dalam menyambung warisan mendapat perhatian ADUN Limbongan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan yang mengalu-alukan kedatangan pemuda-pemuda ini untuk mempamerkan hasil karya dan permainan ini di Pameran Sempena Sambutan 20 Tahun Pemerintahan PAS di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Galeri foto oleh wanribu:

PAMERAN sambutan 20 tahun PAS perintah kelantan di Pasir Puteh

Tangani Masalah Remaja, Drs. Zainuddin Ada Cara Sendiri

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 27 Mei – Pendekatan psikologi harus digunakan pihak berkuasa bagi menangani masalah remaja yang semakin kronik sekarang, di samping penggunaan undang-undang sedia ada.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, undang-undang sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana ia tidak memberi kesan secara mendalam.

“Melalui kaedah psikologi membolehkan remaja memahami setiap masalah yang dihadapi mereka,” katanya sempena Program Cakna Belia yang diadakan baru-baru ini.

Drs. Zainuddin juga berkata, sebagai pemimpin masyarakat setempat wakil rakyat perlu mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikannya masalah dihadapi rakyat terutamanya melibatkan golongan remaja.

Tambah beliau, keharmonian hidup bermasyarakat ada hubung kait dengan peranan dimainkan wakil rakyat kerana sebagai pemimpin mereka menjadi pendorong bagi mewujudkan situasi tersebut.

Hj. Yusof Said Tokoh PAS Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in DUN Limbongan 1 Comment

PADANG PAK AMAT, 26 Mei – Pengorbanan seorang pesara guru yang sanggup memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan PAS Padang Pak Amat dari tahun 1989 hingga sekarang. Pengalaman beliau sewaktu berkhidmat sebagai seorang pendidik diterapkan dalam pengurusan jemaah sesuai dengan kehendak dan matlamat PAS untuk mendaulatkan syarak Allah.

Memegang jawatan selama 21 tahun, memberi banyak nostalgia yang boleh di jadikan teladan kepada generasi kemudian. Beebekalkan kesabaran, istiqamah dan tarbiah maka beliau masih diperlukan oleh ahli jemaah dicawagannya. Sewaktu menjadi guru, beliau pernah ditukar beberapa kali dan yang terakhir ialah di Sekolah Rendah Buloh Poh, Ketereh.

Jasa yang dicurahkan tidak hanya dalam bentuk khudrat, malah Hj. Yusof juga telah menderma sebuah bangunan untuk Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Limbongan dan sebuah pejabat Penghulu untuk mukim Padang Pak Amat. Selain itu beliau juga mengetuai gotong royong membina PASTI di kawasan tersebut yang kini telah beoperasi selama 18 tahun dan jumlah pelajar semakin meningkat dari masa ke semasa.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: ,

ADUN Limbongan cakno peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 26 Mei – Lawatan YB Adun Limbongan ke Pasar Besar Pasir Puteh bagi mendengar secara lebih jelas permasalahan-permasalahan yang dihadapi terutama isu penguatkuasaan jalan sehala (Jalan Sekolah lelaki) yang menjejaskan peniaga-peniaga.

Dialog mengenai permasalahan yang dihadapi oleh peniaga

Mereka memberi beberapa pandangan yang boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Puteh. YB Drs. Zainuddin Awang Hamat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama para peniaga yang memberi kerjasama ke arah keselesaan semua pihak. Dalam pertemuan dan lawatan tersebut ianya disertai oleh Ketua Peniaga Pasar Besar, Penghulu Mukim Pengkalan dan AJK Pasar Besar Pasir Puteh.


Galeri foto uploaded by Blackberry:

NR Hana Trd. Terajui Kejayaan Kaum Hawa Pasir Puteh

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 27th, 2010 in Pasir Puteh No Comments

PASIR PUTEH – Kejayaan bukan mudah untuk dicapai, pelbagai halangan perlu ditempuhi dan tidak kurang juga dengan pandangan masyarakat sekitar dalam kita mengendalikan satu perniagaan. Itulah kata-kata dari Pemilik NR Hana Trading yang mengusahakan perniagaan Roti dan Kek yang baru sahaja melebarkan sayap ke Daerah Jerteh dan Machang.

NR Hana Trading mula beroperasi secara kecil-kecilan di Jalan Kamil. Ruang niaga seluas 20 kaki persegi itu kini telah dijadikan sebagai inventori barang mentah seperti gandum, gula, marjerin dan lain-lain. Ilham memulakan perniagaan ini datang dari minat yang mendalam sehingga mendorong Rohana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Na merealisasikan impian menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.

Lokasi strategik di Ruang Niaga Bangunan MARA Pasir Puteh ini menjadi satu kelebihan dalam faktor pemasaran kerana struktur persekitaran mempunyai fasiliti seperti tempat letak kereta yang mencukupi, berhampiran stesen kereta sewa serta di persimpangan antara jalan utama di pusat bandar ini.

Sehingga kini NR Hana Trading mempunyai 38 pekerja di empat cawangan yang merupakan aset penting dalam perniagaan produksi barangan makanan ini. Dengan jumlah itu anggaran lebih kurang RM18,240 sebulan diperuntukkan untuk bayaran gaji pekerja.

Pelbagai produk roti dan kek terdapat di premis ini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Hasil jualan akan meningkat di musim perayaan dan cuti sekolah. Tempahan yang tinggi dari pelanggan terutamanya untuk Majlis Perkahwinan menjadikan limpahan rezeki untuk semua yang terlibat dengan perniagaan di NR Hana Trading.   Tidak hairan lah Kak Na sentiasa sibuk menguruskan perniagaannya dan juga sentiasa mencari idea-idea dalam pembangunan produk dalam memenuhi kepuasan pelanggan.

Dalam temuramah bersama wartawan limbongan.net, NR Hana Trading menyatakan hasrat beliau untuk berkongsi kejayaan yang diperoleh ini dengan mana-mana pihak yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga tidak akan menolak jika ada pihak-pihak tertentu ingin menggunakan khidmat beliau dalam berhasrat untuk memajukan industri ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui kursus atau lahitan kemahiran.


Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , , , , , , ,

Lawatan Kerja BBC Kelantan ke MDTM

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 26th, 2010 in Umum No Comments

TANAH MERAH, 25 Mei – Timbalan Presiden BBC Kelantan yang juga merupakan ADUN Limbongan mengetuai rombongan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan itu kali ini dalam usaha untuk merapatkan ukhwah bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Daerah.

Ketibaan pelawat disambut dengan Jamuan Makan Tengahari di Kediaman Ketua Jajahan Tanah Merah,  YM Tg. Adli Bin Tg. Abdullah bersama seluruh kakitangan PBT yang seterusnya menyempurnakan Solat Zuhur berjemaah sebelum ke acara perbincangan yang telah berlansung di Dewan MDTM.

Dengan kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sumbangan telah dihulurkan kepada rakyat miskin di daerah ini.

Lawatan disudahi dengan perlawanan bolasepak persahabatan  yang berkeputusan 1-0 berpihak kepada BBC Kelantan hasil jaringan ADUN Gaal, YB Dr. Nik Mazian.


Galeri foto oleh wanribu: