ADUN Limbongan sampaikan Bantuan Pesakit Kronik

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 31st, 2010 in DUN Limbongan No Comments

WAKAF BERANGAN, 31 Mei – Sumbangan berupa wang tunai sejumlah RM1900.00 telah disampaikan oleh YB Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat di Pejabat DUN Limbongan kepada 5 orang penerima Bantuan Penyakit Kronik.

Sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan itu disampaikan untuk membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

Isteri Adenan wakil penerima

Salah seorang penerima, Mohd Adenan Sidek  bekerja di Johor Bharu terpaksa pulang ke kampung kerana menderita sakit tulang belakang. Penderitaan terpaksa ditanggung oleh seluruh ahli keluarga terutama isteri beliau setelah Adenan tidak mampu berkerja lagi. ADUN Limbongan menyatakan rasa  sayu dengan  kepayahan keluarga ini dalam menyara perbelanjaan anak-anak dan bayaran perubatan.

Galeri foto oleh wanribu:

Tags: , , , ,

Menggalas Tugas Pengerusi Ladang Rakyat: Wan Saufi

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in Umum No Comments

WAKAF BERANGAN, 30 Mei – Sejak Program Ladang Rakyat DUN Limbongan ditubuhkan, jawatan sebagai Pengerusi disandang oleh Wan Saufi Wan Mohd Ali seorang pesara ATM.

Antara tugas-tugas sebagai Pengerusi adalah menyelaras program Jatidiri LR bulanan seperti gotong royong membersihkan jalan, parit, sungai, kubur, masjid dan lain-lain lagi.

Peserta LR juga secara tidak langsung terlibat dengan aktiviti dalam arena Politik seperti membersihkan kawasan ceramah selepas berakhir setiap program yang dijalankan di DUN ini. Setiap peserta LR juga diberi tugas untuk mencari daftar pemilih baru seramai 10 orang untuk setiap ahli.

Sehingga kini jumlah peserta LR DUN Limbongan seramai 101 orang  yang juga terdiri dari 10  orang dari peserta Projek Ikan Keli di Temila.

Tilawah Al-Quran peringkat DUN Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in Umum No Comments

WAKAF BERANGAN, 29 Mei – Tilawah Al-Quran peringkat Limbongan meliputi aktiviti hafazan dan azan yang melibatkan 30 orang peserta dari setiap guru-guru Al-Quran.

Program ini merupakan program tahunan yang diurusetiakan oleh Halaqat DUN Limbongan. Dalam program ini juga ADUN Limbongan menyampaikan pamplet tanda lokasi aktiviti pengajaran al-Quran kepada setiap tenaga pengajar.

Semasa perasmian ADUN Limbongan mengucapkan tanhinah kepada AJK yang telah berjaya melaksanakan program ini dengan sempurna.

Ustaz Yusof Bin Muda selaku pegawai halaqah sebagai Pengerusi program ini mengharapkan agar guru-guru al_Quran memainkan peranan kearah memantpakan lagi pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Selain dari program ini halaqah juga mengadakan Kem Bina Kefahaman Islam telah berjaya mengumpulkan semua lapisan masyarakat di masjid-masjid.


Galeri foto oleh wanribu:

Tugas Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Menggalas Cabaran

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in Umum 1 Comment

WAKAF BERANGAN, 30 Mei – Puan Faridah Bt. Harun telah mengharungi cabaran Cakna Armalah selepas dilantik sebagai Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Limbongan. Perlantikan ini bermula pada tahun 2006.

Tugas yang utama sebagai PPAD adalah mengumpul maklumat setiap Armalah bagi membuat pemantauan kepada pihak kerajaan negeri khususnya pejabat ADUN Limbongan.

Kesibukkan di PPAD Limbongan

Bagi melengkapkan angka-angka yang tepat setiap Armalah saya terpaksa menjelajah rumah kerumah, desa ke desa, mukim ke mukim, bertemu muka secara langsung dengan setiap Armalah yang menhadapi masalah-masalah terutama masalah ekonomi, pendidikan anak-anak selepasa ketiadaan suami yang disayangi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB ADUN limbongan yang banyak memberi galakan dan bimbingan. Begitu juga para penghulu yang amat dekat dengan rakyat disetiap  mukim tidak kedekut jasanya untuk melihat kemantapan tugas-tugas PPAD.

Sehingga hari ini terdapat Armalah DUN Limbongan seramai 2500 orang

Puan Faridah bersiap sedia untuk bertugas

telah didaftarkan dan seramai 300 orang telah berdaftar dengan Skim Takaful Armalah. masih banyak lagi yang belum mendaftar, kami mengharapkan supaya setiap penghulu atau  pimpinan setempat di setiap mukim dapat memberi maklumat dengan kepada Pejabat PPAD Limbingan di talian 09-7864477 atau talian terus 019-9102247.

Drs. Zainuddin melawat PDK Limbongan

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 30th, 2010 in DUN Limbongan, Lawatan, Pendidikan No Comments

PASIR PUTEH, 30 Mei – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Limbongan yang telah mendapat kelulusan menduduki Kuarters Ketua Jururawat beralamat di JKR 367 Jalan Doktor, Pasir Puteh menyambut ketibaan lawatan ADUN Limbongan dalam rangka membuat pemantauan perkembangan institusi itu bagi mempastikan PDK dapat melaksanakan tugas-tugas pendidikan dengan sempurna.

ADUN bersama dengan Penyelia dan penjaga

Pengerusi PDK DUN Limbongan, Tn. Hj. Zainal Abidin B. Mohd mengucapkan terima kasih kepada ADUN atas memperdulikan PDK ini.

PDK Limbongan mempunyai 33 orang pelajar OKU dengan 3 orang pegawai iaitu seorang penyelia, Rohana Bt. Mohd Nor bersama 2 orang petugas Nik Nubailah Bt. Nik Abd. Rahman dan Siti Suhaida Bt. Abu Bakar dan seorang pembantu Zaipas Aliriah Bt. Mohd Puab.

PDK ini telah wujud sejak tahun 2006. Pihak PDK mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesiahatan atas kebenaran menggunakan kuarters ini untuk beroperasi dan begitu juga PBT Pasir Puteh yang telah memberikan kerjasama dengan baik.

YB ADUN Limbongan amat bersimpati dengan permasalahan PDK yang

Temuramah ADUN bersama penyelia dan penjaga

menghadapi masalah untuk beroperasi secara berterusan (kekal) kerana premis ini boleh diambil alih oleh agensi-agensi berkenaan. Maka pihak PDK mengharapkan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat dapat mengenalpasti satu bangunan yang kekal untuk diberi kepada PDK DUN Limbongan.

Pihak ibu bapa amat menyokong jika sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Demikian ucapan luahan Azlan Bin Hj. Rajab sebagai mewakili warga ibu bapa yang menghantar anak-anak di PDK ini.


Galeri foto oleh wanribu:


Tags: , , ,

Sukan PASTI Parlimen Pasir Puteh di Padang MDPP

Posted by Wan Rahibullah Hj. Wan Ismail on May 29th, 2010 in Umum No Comments

PASIR PUTEH, 29 Mei – Sukan Tahunan Pusat Asuhan Tunas Islam untuk Kawasan Pasir Puteh telah diadakan di Padang MDPP melibatkan semua anak-anak asuhan Islam dari 21 cawangan di sini.

Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Sukan Bolasepak, Bola Jaring, Tarik Tali dan lain-lain lagi.

Acara yang telah dikelolakan oleh seluruh warga pentadbiran PASTI Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh itu telah dirasmikan oleh ADUN Limbongan, Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat. Beliau berharap agar aktiviti seperti ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada masa akan datang untuk lebih menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak belajar di institusi Islam seperti ini.


Galeri foto oleh wanribu: